Sepuluh Rekod Penajaan Jersi Terbesar di Dunia

Liga Malaysia bakal bermula tidak lama lagi dan pastinya para peminat tidak sabar untuk menunggu pelancaran jersi terbaharu pasukan masing-masing. Buat penyokong pasukan yang masih belum pasti lagi menyertai Liga Malaysia, mohon anda semua bersabar. Pasti ada sinar di hujung lorong.

Memandangkan nilai kontrak penajaan jersi di Malaysia adalah hak sulit persatuan dan kelab, maka kami kongsikan terlebih dahulu nilai tertinggi kontrak penajaan jersi daripada jenama-jenama terkenal di seluruh dunia.

Jika diamati dalam senarai sepuluh penajaan termahal jersi bola sepak di dunia ini, jenama Adidas unggul menguasai pasaran, diikuti Nike, Puma dan Warrior (Ya, Liverpool. Bukan jenam Pantai Timur Malaysia).

Apakah faedah kepada penaja yang berbelanja berbillion ringgit retahun tersebut?

Dalam maksud yang paling mudah, penaja akan mendapat hak jualan cederamata pasukan secara eksklusif – jersi utama, jersi latihan, seluar pendek, stoking, pelindung keting, bocong air dan banyak lagi.

Dengan kata lain, sekiranya kelab yang ditaja cemerlang, maka melonjak berlipat kali gandalah jualan sesuatu jenama tersebut.

Sepuluh Rekod Penajaan Jersi Terbesar di Dunia

Gambar dibawah menunjukkan kontrak penajaan tahunan oleh syarikat gergasi dunia yang sentiasa mendominasi pasaran iaitu Nike dan Adidas sambil Warrior serta Puma dilihat menyelihat di celahan ketiak gergasi.

Kontrak Barcelona bersama Nike selama 10 tahun bernilai £28 juta setahun akan tamat pada 2018 tetapi mereka telah memeterai perjanjian baru bernilai £1000 juta dimana mereka akan hidup bahagia bersama bermula 2018 hingga 2028.

Bagi menggandakan pendapatan, Chelsea berlaku curang dengan Adidas yang sebelum ini memberi £30 juta setahun. Satu kecurangan yang berbaloi bagi Chelsea apabila mengikat janji serasi bersama Nike untuk tempoh 15 tahun dengan harga £60 juta setahun.

Dalam kita bergembira jangan lupa yang terluka, Manchester United walaupun mengalami kemerosotan teruk setelah pemergian Sir Alex Ferguson masih mempunyai nilai komersial yang tinggi sehingga membuatkan Adidas membayar mereka £75 juta setahun untuk tempoh 10 tahun.

Abaikan Liverpool

Duit memainkan peranan penting dalam kejayaan sebuah kelab (bukan pasukan negeri) tetapi dengan syarat pengurusan wang mestilah dilakukan dengan efisyen. Jika mempunyai wang tetapi tidak diuruskan dengan betul kemungkinan menarik diri berlaku.

Untuk makluman sedara sedari cikebum-cikebum penajaan(sponsorship) dan pemilikan(ownership) adalah dua perkara yang berbeza. Jika perkara ini tidak dapat dibezakan maka akan terjadilah masalah seperti berlaku di negara kelahiran rakan penulis iaitu Republic of Macedonia.

Rakan penulis menceritakan di Republic of Macedonia pasukan bola sepak masih mengharapkan wang kerajaan negeri, pasukan majoritinya di ketuai oleh orang politik dan penaja pula tidak mampu membezakan antara penajaan dan pemilikan.

Semoga apa yang berlaku di Republic of Macedonia menjadi ibrah kepada kita semua di Malaysia.

Baca Juga

Baca Juga