Sergio Aguero Dan Manchester City Akan Berpisah Di Penghujung Musim

Pemain penyerang sensasi, Sergio Aguero dan Manchester City sah akan berpisah di penghujung musim ini dan perkara ini telah disahkan sendiri oleh Manchester City dan Sergio Aguero.

Berita ini diumumkan oleh Manchester City melalui laman sesawang rasmi mereka, mancity.com dan perpisahan ini terjadi kerana kontrak Aguero akan tamat pada musim panas ini.

Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al Mubarak telah mendedahkan bahawa tugu Aguero akan didirikan bersama-sama dengan bekas rakan sepasukan Sergio, David Silva dan Vincent Kompany.

Kehebatan bertaraf Legenda Aguero akan disemat dengan pemasangan jubin khas secara kekal di Akademi Bola Sepak Manchester City untuk menjadi inspirasi pemain muda.

Khaldoon Al Mubarak mengatakan:

“Sumbangan Sergio kepada Manchester City sejak 10 tahun lalu tidak dipertikaikan lagi. Legenda beliau akan terpahat dalam ingatan semua orang yang mencintai Kelab dan mungkin juga pada mereka yang cintakan bola sepak.”

“Belum tiba masanya untuk menitipkan kata-kata perpisahan. Masih banyak yang boleh dicapai dalam sisa masa yang kita miliki bersama Sergio dan kita mengharapkan sumbangannya terhadap cabaran yang mendatang.

“Ini belum waktunya untuk kata-kata dan ucapan perpisahan. Masih banyak yang harus dicapai dalam sisa masa yang kita miliki dengan Sergio, dan kita mengharapkan sumbangannya terhadap cabaran yang akan datang.

“Sementara itu, saya sangat gembira mengumumkan bahwa kami akan menugaskan seorang seniman untuk membuat tugu Sergio di Etihad Stadium bersama dengan tugu yang sedang dibina untuk Vincent dan David. Dan kami menantikan peluang untuk mengucapkan selamat tinggal pada Sergio pada akhir musim. ”

Aguero menyertai Manchester City pada musim panas 2011 dan tidak perlu menunggu lama untuk memberikan impak dengan dua gol dan satu assist dalam debut selama 30 minit menewaskan Swansea 4-0.

Sudah pasti detik paling diingati jaringan penyamaan minit akhir Aguero pada perlawanan terakhir musim menentang Queens Park Ranger dan memastikan gelaran pertama Premier League buat City.

Jaringan Aguero pasti diingati oleh peminat Manchester United kerana jaringan itu menafikan gelaran juara buat Setan Merah.

Aguero juga telah menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 4-2 ke atas Napoli pada tahun 2017.

Aguero telah memecahkan rekod yang dipegang selama 78 tahun oleh Eric Brool yang menjaringkan 177 gol dalam 494 perlawanan.

Secara keseluruhannya setakat ini, Aguero telah menjaringkan 257 gol dalam penampilan untuk Manchester City.

Sepanjang 10 tahun, Aguero telah membantu Manchester City menjulang tiga gelaran Premier League (4 musim ini), satu FA Cup dan lima League Cup.

Sergio Aguero melalui laman Twitter rasmi beliau juga telah membuat ucapan pra-perpisahan bagi memakluman kepada peminat bola sepak bahawa perpisahan akan terjadi.

“Apabila kitaran sudah sampai ke penghujung maka banyak perkara sensasi timbul.”

“Satu kepuasan yang besar dan kebanggaan masih tersemat disanubari aku dapat beraksi bersama Manchester City untuk tempoh 10 musim. Luar biasa bagi pemain profesional.

“10 musim dengan kejayaan yang besar, dalam pada itu aku berjaya menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dan menjalinkan hubungan yang tidak dapat diputuskan bersama mereka yang menyayangni kelab ini dan mereka yang akan selalu berada dihati aku.”

“Aku datang ketika era pembinaan semula pasukan pada 2011 dan dengan bimbingan pemilik dan sumbangan ramai pemain kami telah berjaya meraih tempat bersama pasukan terhebat di dunia.”

“Tugas untuk mengekalkan kedudukan yang hebat ini akan disandang dibahu orang lain. Bagi diri aku, aku akan terus memberi sumbangan sehingga tamat musim untuk memenangi banyak lagi gelaran dan memberi kegembiraan kepada penyokong.”

“Cabaran baru akan bermula dan aku telah bersedia sepenuhnya dengan keghaiharan dan tahap profesinalism yang telah aku dedikasikan selama ini untuk terus bersaing di peringkat tertinggi.”

Baca Juga

Baca Juga