Sergio Aguero Sah Ke Melaka United

Melaka United melalui laman Muka Bukunya telah mengumumkan pemain import baru mereka berasal dari Argentina iaitu Sergio Aguero yang bakal bermain di posisi penyerang,

Sergio Fabian Ezequiel Aguero atau lebih dikenali sebagai Kun berusia 22 tahun pernah mewakili Club Atlético All Boys di Argentina dan FC Tatabánya di Hungary.

Melaka United mendapatkan Sergio Aguero untuk menguatkan jentera serangan mereka. Jangan tertukar dengan Sergio Aguero Manchester City pulak. Nama manja sama tapi bukan dia.

Usaha yang baik dari Melaka United mendapatkan pemain import muda.

Baca Juga

Baca Juga