Sergio Ramos Akui Messi Adalah GOAT Sebenar Bukan Ronaldo

Bekas kapten Real Madrid, Sergio Ramos akhirnya mengakui kehebatan Lionel Messi yang berhak menjadi GOAT berbanding dengan sesiapa sahaja dalam arena bola sepak.

Ini termasuk bekas rakan sepasukannya Cristiano Ronaldo sekalipun.

Perdebatan siapa GOAT bola sepak telah lama berlaku antara Messi dan Ronaldo. Sebelum ini Ramos pernah menganggap Ronaldo adalah GOAT.

Tetapi ketika menyertai PSG, Ramos menyatakan Messi dan Ronaldo sama hebat.

Kini selepas setahun lebih bersama sama dengan Messi, Ramos menukar pendiriannya sekali lagi dan melabel GOAT adalah Messi.

Dalam satu temuramah dengan laman rasmi PSG, Ramos mendedahkan bahawa dia sudah lama menderita berdepan dengan Messi ketika di Real Madrid.

Di mana ketika itu, Ramos dan Messi kerap bercakaran dan saling maki memaki atas padang.

Ramos beberapa kali mengasari Messi dan berkelakuan biadap ke atas pemain itu. Semuanya kerana rasa tegang yang berlaku dalam pertembungan el clasico.

Siapa sangka Ramos dan Messi akhirnya berkawan baik dan kerapkali berkepit di pusat latihan PSG.

Dalam pra musim, ketika Ramos baru kembali dari kecederaan, Messi memberikan peluang penalti kepada Ramos agar pemain itu mendapatkan semula keyakinannya.

Ramos antara pemain yang sentiasa girang meraikan gol Messi di PSG.

Messi mengukuhkan statusnya sebagai GOAT apabila mentetuai negaranya menjadi Juara Dunia 2022.

Ramos sendiri mengakui Lionel Messi adalah Pemain Terbaik Sepanjang Zaman ataupun GOAT.

Ramos berkata: “Ada banyak penderitaan sepanjang beberapa tahun bermain menentang Messi. Dan sekarang saya seronok bermain dengannya.”

“Dia adalah pemain terbaik yang pernah dilahirkan dalam bola sepak.”

Ianya kenyataan yang agak mengejutkan dikeluarkan oleh Ramos kerana dia merupakan kawan baik Ronaldo. Di mana kedua duanya banyak memenagi trofi bersama ketika di Real Madrid.

Namun sejak Ronaldo meninggalkan Real Madrid pada 2018, Ramos mengakui bahawa mereka berdua tidak pernah berhubung lagi selepas itu.

Cuma baru bertemu pada baru baru ini dalam aksi persahabatan PSG menentang pilihan All Stars Liga Saudi Pro.

Sergio Ramos dan Messi kini dalam misi cuba membantu PSG menjuarai UCL pertama dalam sejarah kelab itu.

Kedua duanya sudah memiliki beberapa siri kejuaraan UCL dalam sejarah karier mereka.

Sergio Ramos dan Messi masih belum melanjutkan kontrak bersama dengan PSG.

PSG sudah menawarkan kontrak baharu kepada Messi, namun pemain itu masih belum menurunkan tandatangan di atas kertas tawaran tersebut.

Terdapat laporan menyebut bahawa Messi sebenarnya sudah merancang untuk tidak melanjutkan kontrak bersama PSG.

Ini kerana dia tidak gembira dengan layanan peminat PSG ke atasnya ketika kelab itu tersingkir dari UCL musim lalu.

Banyak kritikan dan cacian ditujukan kepada Lionel Messi.

Messi juga dilkatakan tidak gembira dengan layanan terlalu istimewa buat Kylian Mbappe yang dianggap keterlaluan.

Namun PSG tetap yakin bahawa pemenang Ballon d’Or 7 kali itu akan menandatangani kontrak baharu bersama mereka.

Messi kekal berada dalam prestasi terbaiknya pada musim ini selepas musim lalu yang agak sukar.

Messi kembali menjaringkan gol dan assist yang banyak sama ada untuk kelab dan negaranya.

argentina perancis

Sergio Ramos dikenali dengan gaya permainan keras dan permainan minda yang sangat gila.

Dianggap sebagai salah seorang bek tengah terbaik pada generasinya. Ramos sebelum ini menyatakan kekecewaannya tidak terpilih untuk bermain di Piala Dunia 2022.

Ini selepas Luis Enrique memutuskan untuk mengutamakan bakat muda dalam pasukannya.

BACA:  [VIDEO]: Sergio Ramos Hilang Sabar Dan Menjerit Ke Arah Penyokong Sevilla Ketika Ditemubual