Sergio Reguilon Dengan Kelakarnya Jaring Gol Sendiri Yang Ke-1000 Di Premier League

Tottenham Hotspur turun beraksi menentang Aston Villa di Tottenham Hotspur Stadium buat pertama kali dengan kehadiran semula penyokong dan sudah pasti tidak mahu mengecewakan penyokong yang hadir.

Steven Bergwijn tidak membiarkan penyokong mereka menunggu lama dan menjaringak gol pembukaan lapan minit selepas perlawanan bermula dengan rembatan yang bapak padu.

Gol Steven Bergwijn telah memberikan sebab kepada penyokong mereka meraikan dan menggamatkan Tottenham Hotspur Stadium dengan sorakan selepas sekian lama menyepi.

Jaringan ini telah menamatkan kemarau gol Steven Bergwijn selama 333 hari dalam 27 penampilan bersama Tottenham Hotspur.

Namun gol Steven Bergwijn hanya bertahan selama 12 minit sahaja apabila Sergio Reguilon menjaringkan gol penyamaan melalui satu gol yang dipanggail gol sendiri.

Pemain berasal dari Sepanyol itu telah melakukan satu sapuan untuk mengeluarkan bola yang berjarak 18 ela dari gawang, malangnya bola telah pergi ke belakang dan Hugo Lloris tertewas.

Kekecewaan jelas ditunjukkan oleh Sergio Reguilon yang menekup muka dengan kedua-dua belah tangannya sebelum tertonggeng di padang dengan penuh penyesalan.

Bak kata pepatah: Bila keranda dibawa barulah bercucuran air mata.

Ada yang melabel gol yang luar biasa dan memerlukan teknik yang sempurna Sergio Reguilon ini sebagai gol sendiri paling kelakar bagi musim 2020/21.

Ollie Watkins yang melihat jaringan tersebut pada mulanya tidak meraikannya, Watkins mengambil masa untuk memahami dan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Sebelum jaringan gol sendiri Sergio Reguilon Ollie Watkins telah dinafikan sepakan penalti selepas dijatuhkan Hugo Lloris yang tidak perlu bertindak sedemikian kerana bola telah keluar.

Keputusan awal pengadil tidak memberikan pengadil senada dengan Video Assistant Referee selepas melakukan penelitian dengan rujukan video.

Bala apa yang menimpa Sergio Reguilon yang merupakan bekas pemain Real Madrid apabila sekali lagi menjadi punca kepada gol kedua Aston Villa.

Sergio Reguilon kelam kabut dan panik ditekan Bertrand Traore lalu berputar-putar sebelum menghantar bola yang terkena Bertrand Traore.

Mujur bola sampai ke kaki Harry Winks yang menghantar bola kembali kepada Reguilon yang masih tidak hilang panik dan sekali lagi hantarannya sangkut dikaki Bertrand Traore.

Kali ini tiada mujur lagi apabila bola sampai ke kaki Ollie Watkins yang terus melarikan bola sevelum mudah menewaskan Hugo Lloris.

Dua kesilapan budak sekolah daripada Sergio Reguilon telah memberi kekalahan kepada Spurs dan mengecewakan penonton yang hadir.

Pecubaan terbaik dari Harry Kane pula telah diselamatkan Emi Martinez dan Carney Chukwuemeka hampir menjaringkan gol ketiga namun percubaannya terkena tiang.

Kesilapan Sergio Reguilon ini boleh menutup peluang Spurs untuk bermain di Europa League musim hadapan dan perlu menang perlawanan terakhir sambil mengharapkan West Ham United tewas.

Gol ke gawang sendiri yang worldie bak kata mat salleh dijaringkan oleh Sergio Reguilon ini merupakan gol sendiri yang ke-1000 yang telah dilakukan dalam sejarah Premier League.

Mark Crossley telah menjadi manusia pertama menjaringkan gol sendiri di Premier League pada ogos 1992 untuk pasukan Nottingham Forest.

Selepas 10,483 hari atau lebih kurang 29 tahun, Sergio Reguilon menjaringkan gol sendiri yang ke-1000.

Gol pertama Sergio Reguilon bersama Tottenham Hotspur telah terhasil dengan begitu padu dan menewaskan Hugo Lloris, malangnya gol itu merupakan jaringan sendiri.

Sergio Reguilon bukan sahaja menjaringkan gol yang memusnahkan impian kemenangan pasukan malah membuat assist untuk Ollie Watkins, statistiknya di separuh masa pertama pun boleh tahan dahsyat.

2 fouls
2 x dribbled past
1 own goal
1 error leading to a goal
0/5 duels won
0 chances created
0 interceptions
0 clearances
0 successful tackles made
0 crosses

BACA:  Spurs Akhiri Rekod Tiga Kekalahan Berturut-turut Dengan Meleburkan Rekod Tanpa Kalah Man City