Seri Menentang Watford : Kerja Keras Liverpool Selama Tiga Bulan Sia-sia

Ketika menamatkan saingan di tempat 4 teratas pada akhir musim 2016/17, Liverpool menghasilkan kemenangan kukuh 1-0 di tempat lawan ke atas Watford. Namun selepas tiga bulan, semuanya telah berubah.
Anak buah Jurgen Klopp menempuh lebuhraya M6 dan M1 menjelang perlawanan pada hari Sabtu dalam keadaan suram.

Dengan Philippe Coutinho secara rasmi meminta perpindahan dalam e-mel kepada pengarah sukan, Michael Edwards, pada petang Jumaat, rancangan Klopp untuk musim ini telah mendapat cabaran berat.

Keadaan lebih teruk apabila Coutinho dikhabarkan telah mengalami kecederaan belakang, sekaligus menyertai senarai pemain yang sudah tersedia cedera seperti Clyne, Lallana dan Sturridge yang mana dua daripada mereka hanya bermain 60 peratus dari perlawanan untuk musim lepas.

Namun, memasuki musim 2017/18, Liverpool sedar mereka perlu mengambil pendekatan positif untuk mengharungi kempen ini yang mana mereka akan bersaing dalam empat kejohanan termasuk bola sepak eropah (UCL).

Selepas mengesahkan tempat empat teratas mereka dengan bergaya pada bulan Mei lepas, mereka kembali ke Vincarage Road untuk menulis bab baru pada Ogos ini.

Mei: Watford 0-1 Liverpool

Liverpool memulakan bulan terakhir musim 2016/17 dengan perjalan ke Hertfordshire, di mana pasukan bimbingan Walter Mazzari yang berada dalam ancaman penyingkiran sedang menunggu.

Selepas mengalami kekalahan yang mematah semngat 2-1 ditangan Crystal Palace di Anfiled lapan hari sebelum, Liverpool memerlukan kemenangan untuk memastikan mereka masih dalam saingan perebutan tempat empat teratas liga perdana.

Dengan kedua-dua Manchester City dan United mengekori rapat di belakang mereka, tanggungjawab di tangan Liverpool untuk menghasilkan keputusan positif, dan kata-kata sebelum perlawanan Klopp mendesak pasukannya untuk “berjuang untuk apa yang kita boleh perjuangkan.”

Objektif utama Liverpool ketika itu pastinya mahu menamatkan saingan liga di tangga empat teratas, selepas dilanda beberapa episod masalah – krisis kecederaan pada Januari, kehilangan Mane yang menyertai Piala Negara Afrika dan penggantungan Matip dek enggan mewakili Cameroon dalam kejohanan yang sama.

Dan selepas menghabiskan banyak musim menyiapkan pasukannya untuk mengalahkan lawan dengan permainan menyerang yang menakutkan, Klopp memilih perubahan taktik.

Menentang pasukan Watford yang dibina atas tenaga, kekuatan dan keazaman, Liverpool berhempas pulas dan mengambil pendekatan bertahan secara berdisiplin.

Pada malam isnin di Vicarage Road, Liverpool telah mempamerkan aksi mantap di kawasan mereka dan dominan di kawasan Watford, dengan sepakan gunting Emre Can yang memegunkan cukup untuk memastikan tiga mata penuh.
Tetapi selain gol tercantik musim dari Emre Can, pertahanan Liverpool yang menonjol pada perlawanan itu seperti Dejan Lovren, Joel Matip dan Georginio Wijnaldum melontar badan mereka ketika situasi cemas.

Sudah pasti keputusan itu menunjukkan nasib menyebelahi mereka terutamanya apabila cubaan Sebastian Prodl terkena palang gol pada lewat perlawanan tetapi Simon Mignolet dan pertahanannya layak mendapat kredit.
Dicabar dengan keputusan baik daripada City dan United, Liverpool berjuang untuk tempat mereka di empat teratas, dan kemenangan ini terbukti sangat penting.

Ogos: Watford 3-3 Liverpool

Dalam empat perlawanan terakhir mereka pada 2016/17, Liverpool mengekalkan empat perlawanan tanpa bolos, menjaringkan lapan gol ketika mereka menduduki tempat keempat, menempah tiket ke perlawanan kelayakan Liga Juara Selasa malam di Hoffenheim. Sepanjang pra-musim, Liverpool melepaskan gol hanya empat kali dalam lapan perlawanan dan menjaringkan 19 gol.

Walaupun keputusan pada musim panas sepatutnya tidak perlu diambil kira, mereka tidak bolos menentang Tranmere Rovers, Hertha Berlin, Crystal Palace dan Bayern Munich sekaligus menunjukkan The Reds sudah bersedia untuk mengharungi musim baru ini.

Persembahan mereka menentang Bayern khususnya menunjukkan bahawa, selepas sesi latihan berganda dan bahkan tiga kali di Melwood, di Hong Kong dan di Jerman, mereka mengekalkan tenaga mereka.

Tetapi selepas lapan minit perlawanan bermula pada hari Sabtu lepas menentang Watford, jelas bahawa ini tidak seperti persiapan pra-musim.

Stefano Okaka meledakkan gol pertama hasil sepakan penjuru Jose Holebas untuk meletakkan anak buah Marco Silva 1-0.

Liverpool menebus kehampaan hasil momen magis oleh Mane yang melakukan larian dan bertukar hantaran denagn Can dan Alberto moreno sebelum melencongkan bola ke penjuru pintu gol.

Walaubagaimanapun, beberapa minit kemudian mereka dihampakan sekali lagi oleh Adboulaye Doucoure, memastikan Watford kekal mendahului menjelang separuh masa.

Tatkala Salah dan Firmino memberikan sinar harapan buat Liverpool, Miguel Britos tiba-tiba menghancurkan hati pemain dan penyokong Liverpool menerusi gol penyamaan di minit akhir perlawanan.

Ini adalah persembahan yang meyerlahkan cara permainan Klopp sebagai pengurus Liverpool; hebat ketika menyerang tetapi pertahanan yang rapuh di bahagian belakang.

Selepas perlawanan, pengulas Sky Sports, Jamie Carragher dan Jamie Redknapp terlibat dalam perbincangan hangat mengenai kekurangan dalam pendekatan bertahan bekas kelab mereka, dan kedua-duanya menekan beberapa isu penting.

Redknapp, yang menyeru pembelian Virgil van Dijk, menekankan bahawa Liverpool tidak mempunyai kepimpinan dalam pertahanan untuk mengatakan “siapa yang ingin menyerang bola itu?”

Pada dasarnya, kekurangan semangat berjuang adalah faktor utama yang memisahkan Liverpool ketika menentang Watford tiga bulan lalu dengan Liverpool pada hari pembukaan kempen baru ini.

Kerja Keras Liverpool Dihampakan

Semasa pra-musim Reds di Hong Kong, skuad Klopp dilihat terlalu memberi tumpuan kepada set-piece semasa sesi latihan terbuka di Stadium Hong Kong .

Bagi Klopp, pra-musim boleh dikatakan fasa yang paling penting dalam kempen namun latihan mereka terganggu dek tempoh perjalanan yang panjang.

Tetapi ketika Klopp jelas kelihatan ingin mengatasi kelemahan pasukannya di bahagian pertahanan pada musim panas, kerja keras ini telah dihampakan selama 90 minit di Vicarage Road.

Terdapat beberapa faktor semula jadi yang memisahkan kemenangan 1-0 pada bulan Mei dan seri 3-3 pada bulan Ogos, dan salah satunya ialah Liverpool mempunyai momentum ketika mereka berusaha untuk mendapat tempat keempat teratas pada bulan Mei, manakala hari Sabtu lalu mereka baru sahaja memulakan musim baru.

Merudumnya prestasi enam pemain yang berada dalam kesebelasan utama dalam kedua-dua perlawanan tersebut, termasuk Mignolet dan pasangan pertahanan Matip dan Lovren, juga cukup ketara.

Joel Matip masih gagal membuktikan kehebatannya di EPL | Gambar : premierleague.com

Tambahan pula, ketiadaan Coutinho tidak sepatutnya menyebabkan prestasi mereka terjejas teruk kerana pemain Brazil itu dibawa keluar hanya selepas 13 minit dalam kemenangan liga tiga bulan lalu.

Lagipun Mane dan Salah jelas merupakan pembantu yang lebih baik untuk Firmino berbanding Lallana dan Divock Origi, dan Liverpool seharusnya mempunyai bisa serangan yang lebih bagus.

Kesimpulannya, keputusan negatif Liverpool ini berpunca daripada kekurangan fokus, semangat juang dan kepemimpinan. Kebangkitan segera amatlah diharapkan daripada para pemain The Reds, jika tidak, kerja keras mereka pada penghujung 2016/17 akhirnya sia-sia.

Penulis

Artikel ini telah ditulis oleh Matt Ceros, seorang penyokong tegar Liverpool sejak lahir, untuk terbitan di thesukan.com

Sekiranya anda mempunyai artikel untuk dikongsikan. Hantar di sini.

Baca Juga

Baca Juga