Serie A 2019/20: Genoa 0-3 Inter Milan

Dua gol daripada Romelu Lukaku dan satu daripda Alexis Sanchez telah melonjakkan Inter Milan ke tangga kedua Serie A selepas menewaskan Genoa 3-0.

Inter Milan kini 4 mata dibelakang Juventus yang kurang satu perlawanan dan Inter Milan pula mempunyai dua perlawanan berbaki.

Peluang untuk Inter Milan muncul juara tampak tipis dan sukar serta tidak logik tetapi melalui kebarangkalian matematiknya peluang masih ada.

Hanya satu kemenangan sahaja lagi diperlukan Juventus untuk meraih gelaran juara.

Romelu Lukaku membuka tirai jaringan pada minit ke-34 melalui satu sundulan tajam dan cubaan pemain pertahanan Genoa menghalang menyebabkan beliau rebah ke tanah.

Alexis Sanchez yang masuk pada separuh masa kedua menggandakan kedudukan pada minit ke-83 dengan satu tolakan menggegar palang hasil hantaran Victor Moses.

Romelu Lukaku melengkapkan kemenangan 3-0 dengan satu gol penuh bergaya melalui satu gerakan solo yang menarik.

Pemain penyerang Belgium itu membuat step over memperdaya lawan sebelum memotong nipis ke dalam dan menolak masuk bola dengan kaki kiri.

Setakat ini Lukaku telah menjaringkan 23 gol untuk Inter Milan.

Inter Milan: Samir Handanovic 7; Milan Skriniar 7, Andrea Ranocchia 9, Diego Godin 7; Victor Moses 8, Marcelo Brozovic 8, Roberto Gagliardini 7, Cristiano Biraghi 8; Christian Eriksen 6; Romelu Lukaku 9, Lautaro Martinez 6, Ashley Young 6, Borja Valero 6, D’Ambrosio 6, Candreva 6, Alexis Sanchez 7.

Genoa: Mattia Perin 5; Cristian Zapata 6, Edoardo Goldaniga 6, Cristian Romero 6; Peter Ankersen 6, Nicolo Rovella 6, Filip Jagiello 6, Valon Behrami 6, Domenico Criscito 6; Andrea Favilli 6, Andrea Pinamonti 6, Pandev 6, Destro 6, Ghiglione 6, Schone 6

BACA:  Mourinho Puji Persembahan Pemain United Walaupun Kecundang Di Pentas Final