Serie A 2019/20: Genoa 1-3 Juventus

Juventus berkunjung ke Luigi Ferraris untuk bertemu Genoa dalam perlawanan ke-29 saingan Serie A musim 2019/20.

Kemenangan Lazio ke atas Torino pada perlawanan sebelum Juventus menjadikan mereka satu mata sahaja dibelakang the old ladies yang bakal turun berdepan Genoa.

Juventus menurunkan barisan terbaik mereka demi untuk memburu tiga mata penuh dan menjarakkan diri dari terus dikejar oleh Lazio.

Perlawanan babak pertama bermula dengan penuh aksi yang menghiburkan dari jentera serangan Juventus. Cristiano Ronaldo, Paulo Dybala dan Rabiot beberapa kali menguji gawang gol Genoa.

20 minit terakhir babak pertama perlawanan, Juventus terus menguasai perlawanan dengan menyerang kubu Genoa dari sudut kiri, kanan dan tengah secara bertubi-tubi.

Sayangnya serangan bertubi-tubi itu tidak menghasilkan sebarang jaringan dan keputusan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan terikat tanpa jaringan.

Masuk babak kedua perlawanan, Juventus terus menyerang dan hasilnya pada minit ke-50, hasil hantaran Juan Cuadrado disudahi dengan cantik oleh Paulo Dybala.

Dybala berjaya menggelecek empat pertahanan Genoa sebelum melepaskan rembatan padu menerjah sudut sebelah kanan gawang gol lawan.

Pada minit ke-56 perlawanan, Cristiano Ronaldo berjaya menutup mulut pengkritik beliau dengan menjaringkan gol yang sangat cantik dan padu.

Ronaldo membawa bola dari tengah padang dan melepaskan rembatan kencang ke sudut sebelah kiri gawang gol Genoa.

Gol yang sangat cantik dan luar biasa, bola rembatan beliau sungguh padu hingga bergegar gawang gol Genoa.

Pada minit ke-73, giliran Daugles Costa pula menjaringkan gol yang sungguh cantik untuk pasukan Juventus mendahului Genoa dengan keputusan 3-0.

Costa menerima bola hantaran dari Paulo Dybala lalu melencongkan bola cantik masuk menerjah gawang gol Genoa. Jaringan yang sungguh cantik darinya.

Andrea Pinamonti berjaya menjaringkan gol sagu hati untuk Genoa selepas menerima hantaran kemas dari Davide Biraschi.

Andrea Pinamonti melepaskan rembatan yang cukup padu untuk menewaskan Wojciech Szczesny dan mendapatkan jaringan saguhati untuk Genoa.

Perlawanan tamat dengan keputusan penuh Juventus 3 Genoa 1. Dengan kemenangan ini Juventus selesa mendahului saingan liga dengan kelebihan 4 mata.

Senarai Pemain Genoa Dan Juventus

Kesebelasan utama Genoa

Mattia Perin, Christian Romero, Adama Soumaoro, Andrea Masiello, Paolo Ghiglione, Valon Behrami, Lasse Schone, Francesco Cassata, Stefano Sturaro, Andrea Pinamonti, Andrea Favilli.

Pemain simpanan

Federico Marchetti, Nicolo Radaelli, Christian Zapata, Edoardo Goldaniga, Davide Biraschi, Lucas Lerager, Filip Jagiello, Antonio Barecca, Goran Pandev, Antonio Sanabria, Mattia Destro, Lago Falque,

Kesebelasan utama Juventus

Wojciech Szczesny, Danilo, Leonardo Bonucci, Matthijs de Ligt, Juan Cuadrado, Adrien Rabiot, Miralem Pjanic, Rodrigo Bentancur, Cristiano Ronaldo, Paulo Dybala, Federico Bernardeschi.

Pemain simpanan

Gianluigi Buffon, Carlo Pinsoglio, Daniele Rugani, Wesley, Simone Muratore, Aaron Ramsey, Blaise Matuidi, Douglas Costa, Gonzalo Higuain, Marco Oliveri.

BACA:  Champion League 2020/21: Juventus 0-2 Barcelona