Serie A 2020/21: AC Milan 2-0 Bologna

Serie A sudah pun memulakan musim baharu 2020/21 dan beberapa perlawanan telah pun berlangsung melibatkan pasukan Juventus, AS Roma, SSC Napoli, Genoa, Fiorentina dan lain-lain lagi.

AC Milan akhirnya turun untuk perlawanan pertama mereka di musim baharu selepas mempamerkan aksi memberangsangkan selepas kemasukan Zlatan Ibrahimovic dipertengahan musim.

Tidak dapat disangkal lagi kemasukan Zlatan Ibrahimovic telah memberi impak besar dan menjadi pemangkin kepada AC Milan mencatatkan keputusan yang baik.

Pada usia yang bakal memasuki 39 tahun bulan hadapan, Zlatan Ibrahimovic masih lagi mampu menjadi nadi utama pasukan di liga tertinggi.

Zlatan Ibrahimovic telah menjaringkan dua gol ketika AC Milan berjaya menewaskan Bologna dua gol tanpa balas untuk tiga mata pertama.

Pemain veteran yang berusia senja dari Sweden hampir saja membuka tirai jaringan lebih awal namun percubaannya sedikit tersasar.

Pada minit ke-35 Zlatan Ibrahimovic menemui sasaran dengan satu sundulan tajam melalui lonjakan yang tidak dapat disaingi untuk AC Milan mendahului.

Cantik hantaran Theo Hernandez yang disudahkan Zlatan.

Gol kedua AC Milan hadir diseparuh masa kedua pada minit ke-50, juga melalui Zlatan Ibrahimovic, kali ini dari tendangan penalti ke sudut yang sama seperti gol pertama.

Davide Calabria telah dijatuhkan dan rujukan VAR telah mengesahkan Calabria dikasari di dalam kotak penalti.

Dengan dua jaringan dan aksi konsisten sepanjang perlawanan, Zlatan Ibarahimovic telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Donnarumma (6); Calabria (6,5), Kjaer (6,5), Gabbia (6,5), Theo Hernandez (7); Kessie (6,5), Bennacer (6,5); Castillejo (5), Calhanoglu (6), Rebic (6,5); Ibrahimovic (8,5).

Skorupski (5); De Silvestri (6), Tomiyasu (6,5), Danilo (6), Dijks (4); Schouten (6,5), Dominguez (6); Orsolini (6), Soriano (6), Barrow (5,5); Palacio (6).

BACA:  Zlatan dan Pogba Berada Dalam Skuad Manchester United Menentang Newcastle