Serie A 2020/21: Inter Milan 3-0 Genoa

Perlawanan antara pendahulu Serie A, Inter Milan menentang pasukan yang berada di kedudukan ke-13 liga, Genoa bukanlah satu perlawanan tumpuan yang ditunggu-tunggu ramai kecuali peminat Inter.

Diatas kertas semua tampak mudah buat Inter Milan mencatatkan kemenangan dan terus mendahului Serie A dengan kelebihan 4 mata dan itulah yang dilakukan oleh anak buah Antonio Conte.

Apa yang menarik perhatian dalam perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan tiga gol tanpa balas adalah bekas pemain Manchester United.

Ketiga-tiga Inter Milan telah dijaringkan oleh Romelu Lukaku, Si Pemain Piano Alexis Sanchez dan Matteo Darmian.

Romelu Lukaku membuka tirai jaringan selepas 32 saat sepak mula dengan satu larian solo dari tengah padang selepas menerima hantaran Lautaro Martinez.

Itulah satu-satunya jaringan yang terhasil pada separuh masa pertama.

Pada minit ke-69 Matteo Darmian menggandakan kedudukan selepas menyempurnakan hantaran cantik Romelu Lukaku yang seperti tidak dapat disekat lagi ketika ini.

Alexis Sanchez masuk pada minit ke-76 menggantikan Lautaro Martinez dan tiga minit kemudian melalui sentuhan pertamanya selepas masuk menghasilkan gol.

Rembatan Lukaku berjaya dihadang oleh Mattia Perin dan melantun ke udara lalu ditanduk masuk oleh Sanchez.

Ketika enak meraikan jaringan melalui sentuhan pertama pengadil merujuk jaringan itu kepada Video Assistant Referee(VAR) disyaki Lukaku terlebih dahulu offside.

Namun selepas penelitian dilakukan gol itu telah disahkan.

Lukaku musim ini telah menjaringkan 18 gol dan 6 bantuan dalam 23 perlawanan di Serie A dan kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo.

Inter Milan XI: Handanovic, Skriniar, de Vrij, Bastoni, Darmian (D’Ambrosio 84′), Barella (Vidal 85′), Brozovic (Gagliardini 76′), Eriksen, Perisic (Young 84′), Lukaku, Martinez (Sanchez 76′)

Subs (not used): Padelli, Gagliardini, Rannochia, Radu, Kolarov, Vecino, Padelli, Pinamonti

Genoa XI: Perin, Goldaniga, Radonavic (Onguene, 45′), Zapata, Ghiglione (Shomurodov 62′), Melegoni (Portanova 71′), Rovella, Strootman (Behrami, 45′), Czyborra, Pjaca, Scamacca (Pandev 62′)

Subs (not used): Destro, Criscito, Zajc, Portanova, Pandev, Marchetti, Destro, Badeij, Masiello

BACA:  Andre Onana Berhutang Budi Dengan Abangnya Yang Pernah Beraksi Di Indonesia