Serie A 2020/21: Juventus 3-0 Spezia

Cristiano Ronaldo meraikan penampilan ke-600 beliau dalam perlawanan liga dengan jaringan ke-20 Serie A musim ini ketika membantu Juventus menewaskan Spezia 3-0.

Pemain Portugal itu menjaringkan gol ketiga perlawanan pada penghujung permainan selepas Alvaro Morata dan Federico Chiesa menjaringkan dua gol terlebih dahulu.

Morata memecahkan kebuntuan jaringan selepas sejam permainan pada minit ke-62 sebelum Chiesa menggandakan kedudukan ke atas Spezia yang menghuni tangga ke-15 liga.

Ronaldo yang sekadar menghentam tiang pada separuh masa pertama menjadi pemain pertama menjaringkan sekurang-kurangnya 20 gol setiap musim untuk 12 musim berturut-turut di lima liga utama Eropah.

Pada minit ke-96, Andrey Galabinov gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk sekurang-kurangnya meraih gol saguhati apabila tendangannya mudah diselamatkan Wojciech Szczesny.

Kemenangan ini membolehkan Juventus merapatkan jurang 3 mata dengan AC Milan dan tujuh mata dengan pendahulu liga Inter Milan.

Juventus: Szczęsny (6), Danilo (6), Demiral (6), Frabotta (5), Sandro (6), Rabiot (6), Bentancur (7), McKennie (6), Chiesa (7), Kulusevski (6), Ronaldo (8).

Bench: Morata (7), Bernardeschi (6), Ramsey (6), Di Pardo (5).

Spezia: Provedel (6), Terzi (5), Marchizza (6), Erlic (6), Vignali (5), Estevez (6), Sena (6), Maggiore (6), Farias (5), N’Zola (5), Gyasi (5).

Bench: Acampora (6), Galabinov (5), Verde (5), Agoume (5), Bastoni (5).

BACA:  'CR7 Turut Jadi Punca' - Top 5 Kelab Paling Banyak Hutang Di Eropah Musim 2021/22