Serie A 2020/21: Juventus 3-2 Inter Milan

Pertemuan Juventus menentang Inter Milan di minggu ke-37 merupakan perlawanan paling getir buat The Old Lady yang memerlukan kemenangan bagi terus menghidupkan peluang ke Champions League musim depan.

Juventus perlu berharap kepada diri sendiri dengan menang semua baki perlawanan dan berharap kepada nasib untuk Napoli dan AC Milan kehilangan mata.

Atalanta yang bermain lebih awal telah menewaskan Genoa 4-3 dan mengesahkan tempat mereka ke Champions League.

Perlawanan ini berlangsung dengan penuh dramatik dan diserikan lagi dengan terikan aksi panas lit-lit dengan tiga sepakan penalti dan dua kad merah.

Juventus telah dihadiahkan sepakan penalti selepas Giorgio Chiellini telah diterjah seperti permainan ragbi ketika sepakan penjuru dilakukan.

Cristiano Ronaldo gagal menyempurkan sepakan apabila kemas dihadang oleh Samir Handanovic, malangnya bola termuntah kembali ke kaki Ronaldo.

Deras Ronaldo menyambar dengan satu tolakan bagi mengelakkan dirinya terus dikecam peminat Juventus.

Sepuluh minit kemudian Romelu Lukaku bergedik-gedik menyamakan kedudukan juga melalui sepakan penalti selepas Lautaro Martinez dikasari.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Juan Cuadrado kembali meletakkan Old Lady dihadapan dengan satu rembatan cantik pada pandangan pertama.

Rupa-rupanya bola terbias kaki pemain Inter Milan. Gol tetap gol tak kisah la siapa sentuh.

Bersambung 10 minit babak kedua, Juventus bermain 10 orang selepas Rodrigo Bentancur mengutip kad kuning kedua. Getir buat Juventus yang memerlukan tiga mata.

Lebih malang apabila Giorgio Chiellini menjaringkan gol sendiri dan mendakwa beliau ditarik oleh Romelu Lukaku namun VAR mengesahkan jaringan tersebut, Lukaku tidak curang.

Minit ke-88 Ivan Perisic telah mengasari Juan Cuadrado walalupun seperti ada keraguan dan penalti diberikan lagi.

Juan Cuadrado tiada masalah untuk menyempurnakan sepakan dan memberikan tiga mata berharga buat Juventus.

Marcelo Brozovic telah mengutip kad kuning kedua dihujung perlawanan dan jumlah pemain kedua-dua pasukan kembali seimbang sehingga wisel penamat.

Juventus: Szczesny (6), de Ligt (4), Chiellini (3), Danilo (7), Alex Sandro (6), Bentancur (3), Rabiot (7), Cuadrado (9), Chiesa (5), Ronaldo (8), Kulusevski (6).

Bench: Morata (6), McKennie (5), Demiral (6).

Inter Milan: Handanovic (4), Skriniar (6), de Vrij (6), Bastoni (6), Hakimi (6), Darmian (3), Barella (5), Brozovic (5), Eriksen (7), Lukaku (5), Martinez (3).

Bench: Sensi (6), Perisic (4), Vecino (6).

Baca Juga

Baca Juga