Seteru Utama Liverpool Antara Calon Kegemaran Untuk Menandatangani Jordan Henderson

Seteru Liverpool dalam saingan premier league, Arsenal muncul sebagai pasukan pilihan yang bakal menandatangani Jordan Henderson pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut salah sebuah laman web terkenal, Arsenal merupakan pasukan paling berpotensi untuk mendapatkan tandatangan Jordan Henderson dari Liverpool.

Masa depan ketua pasukan The Reds itu di Anfield sepertinya dalam keadaan samar-samar pada ketika ini, dengan rundingan lanjutan kontrak antara kedua-dua pihak bertemu jalan kesukaran.

Kontrak pemain Liverpool yang kini berusia 31 tahun itu akan berakhir pada 2023 nanti, namun pemilik kelab, Fenway Sports Group dilaporkan tidak meletakkan Jordan Henderson sebagai keutamaan mereka pada ketika ini.

Atletico Madrid dan Paris Saint Germain merupakan antara pasukan yang sedang memantau perkembangan Henderson di Anfield.

Kedua-dua pasukan itu turut berminat untuk mendapatkan bintang England itu dan bersedia untuk menawarkan kontrak seandainya Liverpool mahu melepaskan ketua pasukan mereka itu.

Walau bagaimanapun, menurut laporan dan nilai pertaruhan yang diletakkan untuk perpindahan Hendo, skuad kendalian Mikel Arteta, merupakan calon kegemaran untuk menandatangani bintang Liverpool itu dengan odd 4/1.

Bookie terkenal dari UK itu meletakkan odd 5/1 kepada Atletico dan 6/1 untuk Leicester City. Sementara PSG dan Manchester City diletakkan odd 7/1 dan 8/1.

Odds ramalan berkait masa depan Henderson selepas ini.

Arsenal: 4/1

Atletico Madrid: 5/1

Leicester City: 6/1

Paris Saint-Germain: 7/1

Manchester City: 8/1

Juventus: 8/1

Jurucakap Coral, Harry Aitkenhead menyatakan bahawa:

“Jordan Henderson kini sedang memasuki dua tahun terakhir dalam kontraknya bersama Liverpool.”

“Dan jika tiba waktu untuk beliau pergi nanti, Arsenal adalah calon kegemaran kami untuk menandatangani beliau.”

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berminat untuk memperkuat skuad beliau dengan membawa masuk muka-muka baru pada jendela perpindahan musim panas ini.

The Gunners pada ketika ini sedang hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani pemain midfield Itali Manuel Locatelli.

Arsenal juga akan terus memulakan langkah untuk mendapatkan Jordan Henderson seandainya beliau benar-benar mahu dilepaskan oleh kelabnya pada musim panas ini.

Arteta mahu memastikan Arsenal untuk mengakhiri saingan liga musim hadapan di kedudukan empat teratas dan kerana itulah beliau bersungguh untuk memperkuat skuad sedia adanya sekarang.

Bekas bintang Liverpool, Stan Collymore turut menganggap Jordan Henderson sebagai legenda sebenar Liverpool dan berharap the Reds akan menawarkan kontrak baru kepada ketua pasukan mereka itu termasuk dalam bidang pengurusan.

Legenda berusia 50 tahun itu mendedahkan kepada Daily Mirror bahawa:

“Jordan Henderson harus diberi kontrak baru bersama Liverpool dan ia haruslah termasuk perjanjian dalam bidang kejurulatihan supaya beliau boleh perlahan-lahan menceburkan diri dalam dunia pengurusan selepas ini.”

“Dia merupakan legenda sebenar kelab, sudah tentu menakjubkan untuk sesiapa sahaja yang berurusan dengan dia dengan dia merupakan betul-betul membawa pengaruh yang sangat positif kepada kelab.”

“Tidak ada jaminan untuk seseorang pemain berubah dari pemain ke dunia pengurusan. Tapi Henderson, dengan kebijaksanaan dia dan kualiti kepimpinan yang dia ada, saya rasa dia akan berjaya.”

Walau rundingan antara Liverpool dengan Henderson masih belum menemui kesepakatan, namun para peminat the Reds pada ketika ini sedang mendesak pihak kelab supaya menawarkan kontrak baru kepada ketua pasukan mereka itu.

Penyokong Liverpool tidak akan gembira jika Hendo sertai Arsenal

Hendo jelas membawa pengaruh yang cukup besar dalam skuad, dan bukan hanya para penyokong, para pemain sendiri turut berharap Liverpool akan memberi tawaran lanjutan kontrak kepada Jordan Henderson.

Sumber: SB

BACA:  Menyeka Air Mata Jordan Henderson Mendengar Ucapan Klopp