Setiap Pasukan Liga Super Bakal Menikmati Dana RM3 Juta

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin melalui laman muka buku rasmi FAM telah mengumumkan satu berita gembira buat semua pasukan yang bertanding di Liga Super dan Liga Premier.

Dalam pengumuman itu, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin menyatakan bahawa setiap pasukan yang bertanding di Liga Super Malaysia akan menerima dana sejumlah RM3 juta dan RM1 juta bagi setiap pasukan di Liga Premier Malaysia.

“Setiap pasukan Liga Super Malaysia akan menerima dana sejumlah RM3 juta dan RM1 juta bagi setiap pasukan Liga Premier Malaysia.”

Dana ini adalah hasil daripada perjanjian termahal dalam sejarah bola sepak Malaysia dan dana ini akan terus meningkat.

“Peningkatan ini bergantung kepada jumlah penajaan yang bakal bertambah dari para penaja yang telah menyatakan sokongan dan kepercayaan mereka terhadap perancangan dan pembaharuan yang dilakukan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).”

“Ini sekaligus menjadikan ia satu perjanjian kerjasama termahal pernah berlaku dalam sejarah bola sepak tanah air dan langkah ni boleh membantu kelab dari segi kewangan. Nilai ini juga akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.”

Sebelum Liga Malaysia membuka tirai, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) telah berkolaborasi bagi menaja Liga Malaysia dengan perjanjian yang bernilai RM480 juta bagi tempoh 8 tahun.

FMLLP juga telah menandatangani perjanjian Kerjasama Ekslusif diantara FMLLP dan Iflix dengan nilai perjanjian bernilai minima RM100 juta selama 10 tahun untuk diedarkan kepada pasukan bertanding.

Jumlah penajaan akan meningkat seiring dengan peningkatan subscribers Iflix. Dengan kerjasama ini kesemua perlawanan bola sepak Liga Malaysia boleh disaksikan secara langsung di atas talian.

Baca Juga

Baca Juga