Jaguh dalam pembikinan basikal trek Malaysia, Muhammad Shah Firdaus Sahrom telah memenangi pingat gangsa dalam acara Keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Firdaus menamatkan perlumbaan dengan beza hanya 0.075 saat di belakang pemenang emas Fabian Puerta dari Colombia manakala perak dimiliki pelumba Kanada, Hugo Barrette.
Kejayaan ini hadir selepas liku-liku yang dihadapi ketika tiba di Amerika apabila Firdaus lambat mendapat basikan sehingga terpaksa melupakan acara pecut yang patut disertai, selepas basikalnya ditahan di Cali, Colombia di mana Firdaus bertanding di Piala Dunia III pada 17 hingga 19 Februari lalu.
Firdaus akhirnya lega apabila basikalnya tiba tepat pada malam sebelum perlumbaan keirin berlangsung.
Lebih manis buat Firdaus, dia berjaya menewaskan pemenang pingat emas Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, Kazunari Wataneb yang menduduki tempat tercorot pada peringkat akhir tersebut.
Dalam masa sama, Shah Firdaus yang juga pemenang gangsa dalam ACC di India, awal bulan ini menyifatkan, kejayaan sulungnya di pentas kompetitif itu menyuntik semangatnya untuk berjuang pada Kejohanan Dunia pada 12 hingga 16 April ini.
Firdaus selepas ini akan kembali ke Malaysia selama dua hari sebelum kembali meneruskan latihan di Melbourne sebagai persediaan ke Kejohanan Dunia.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memuat naik status di laman Twitternya dengan mengatakan – Ingat nama ini! Masa depan lumba basikal trek Malaysia tampak cerah!
Remember this guy. The future of Malaysian track cycling is bright. https://t.co/ARL8kU4sFC
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 27, 2017
Kalau anda nak tahu asal usul Keirin, boleh baca di sini.