Beberapa hari sebelum sepak mula pasukan Switzerland menentang Romania semasa EURO 2016 yang lalu, Xerdan Shaqiri membuat satu kejutan apabila beliau berkata, “Jurulatih Kosovo mahukan saya sebagai kapten? Apa salahnya, saya akan fikirkan nanti.”
Kenyataan tersebut dikeluarkan setelah Shaqiri dikatakan kecewa dengan jurulatih Switzerland yang tidak melantiknya sebagai kapten walaupun beliau adalah antara pemain yang paling senior dalam pasukan tersebut.

Shaqiri dilahirkan pada tahun 1990 di Kosovo dan keluarganya berhijrah ke Switzerland ketika beliau masih kecil dan setelah bermain bola sepak, beliau memilih untuk mewakili Switzerland.
Tetapi, memandangkan Shaqiri telah bermain secara kompetitif bersama Switzerland, adakah beliau masih boleh bermain dengan Kosovo?
Walaupun masih lagi dalam perdebatan, tetapi memandangkan Kosovo adalah sebuah negara baru, maka pemain yang layak bermain dengan Kosovo walaupun telah bermain dengan pasukan negara lain, masih boleh bermain untuk Kosovo, memandangkan Kosovo adalah sebuah negara baru.
Dalam bola sepak, Kosovo adalah negara anggota yang ke 210, walaupun mendapat bantahan hebat Serbia dan Albania ketika proses undian dilakukan di Zurich pada bulan Mei tempoh hari.
Disebabkan keadaan politik yang tegang antara Kosovo-Serbia-Albania, maka Kosovo tidak akan diletakkan bersama kedua-dua pasukan tersebut untuk perlawanan kelayakan Euro dan Piala Dunia bagi mengelakkan sebarang tragedi berlaku.
Selain Shaqiri, siapa lagi pemain berdarah Kosovo yang layak untuk bermain untuk negara Balkan itu?
Jika penyertaan dalam pasukan kebangsaan sekarang ini diambil kira, pasukan Switzerland dan Albania adalah pasukan yang paling terkesan.
Xherdan Shaqiri
Umur | 24 tahun |
Kelab | Stoke City, England |
Negara diwakili sekarang | Switzerland |
Kelayakan | Lahir di Kosovo dan ibubapanya berdarah Kosovo |
Adnan Januzaj
Umur | 21 tahun |
Kelab | Manchester United, England |
Negara diwakili sekarang | Belgium |
Kelayakan | Ibubapa berketuruan Kosovo |
Valon Behrami
Umur | 31 tahun |
Kelab | Watford, England |
Negara diwakili sekarang | Switzerland |
Kelayakan | Lahir di Kosovo |
Granit Xhaka
Umur | 23 tahun |
Kelab | Arsenal, England |
Negara diwakili sekarang | Switzerland |
Kelayakan | Ibubapa berketuruan Kosovo |
Taulant Xhaka
Umur | 25 tahun |
Kelab | FC Basel, Switzerland |
Negara diwakili sekarang | Albania |
Kelayakan | Ibubapa berketuruan Kosovo |
Admir Mehmedi
Umur | 25 |
Kelab | Bayer Leverkusen, Jerman |
Negara diwakili sekarang | Switzerland |
Kelayakan | Datuk berbangsa Kosovo |
Blerim Džemaili
Umur | 30 |
Kelab | Genor, Itali |
Negara diwakili sekarang | Switzerland |
Kelayakan | Datuk berbangsa Kosovo |
Shani Tarashaj
Umur | 21 |
Kelab | Everton, England (dipinjam ke Grashopper Zurich) |
Negara diwakili sekarang | Switzerland |
Kelayakan | Datuk berbangsa Kosovo |
Amir Rrahmani
Umur | 22 |
Kelab | RNK Split, Croatia |
Negara diwakili sekarang | Albania |
Kelayakan | Lahir di Kosovo, ibubapa berketurunan Kosovo |
Etrit Berisha
Umur | 27 |
Kelab | Lazio, Itali |
Negara diwakili sekarang | Albania |
Kelayakan | Lahir di Kosovo, ibubapa berketurunan Kosovo |
Lorik Cana
Umur | 32 |
Kelab | Nantes, Perancis |
Negara diwakili sekarang | Albania (Kapten) |
Kelayakan | Lahir di Kosovo, ibubapa berketurunan Kosovo |
Secara keseluruhannya, agak kuat juga pasukan Kosovo jika pemain-pemain di atas bertukar arah untuk bermain dengan Kosovo.
Mungkin agak sukar untuk tonggak pasukan Kedah, Liridon Krasniqi untuk bermain dengan pasukan kebangsaannya jika beliau tidak bermain di liga di Eropah.