Shaqiri: Ramai Yang Cakap Saya Punca Mourinho Dipecat !

Pemain tengah Liverpool, Xherdan Shaqiri mendedahkan beberapa kawannya melabel dirinya sebagai individu yang bertanggungjawab ‘membuang’ Jose Mourinho dari Manchester United berikutan dua gol yang dijaringkannya ketika menumpaskan Manchester United minggu lalu.

Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris minggu lalu, Shaqiri masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika kedudukan terikat 1-1. Kemasukannya nyata memberikan impak positif kepada Liverpool dimana beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam masa 7 minit seterusnya menghantar The Reds ke persada liga.

Bossku, betul ke aku punca Mourinho kena pecat ?

Kemenangan Liverpool itu juga menyebabkan Mourinho semakin berada dalam tekanan memandangkan mereka kini ketinggalan 19 mata di belakang Liverpool. Akhirnya, pada hari Selasa lalu, Mourinho menerima surat pemecatan dari pihak atasan Manchester United berikutan aksi hambar pasukan tersebut musim ini.

Ketika ditemu ramah oleh The Guardian, Shaqiri mendedahkan telefonnya sangat sibuk dengan mesej yang masuk bertalu-talu selepas Mourinho dipecat. Beberapa rakannya dalam nada berjenaka mendakwa dua gol Shaqiri merupakan punca utama bekas pengurus Chelsea itu kehilangan kerjanya di Old Trafford.

“Saya menerima banyak mesej daripada dari kawan saya ketika ia berlaku. Pada mulanya saya menerima banyak mesej positif mengenai perlawanan United tempoh hari tetapi apabila berita mengenai Mourinho keluar, saya menerima mesej yang berbunyi, ‘Semuanya salah saya!’.”

“Tetapi kadang kala inilah bola sepak. Saya tidak rasa Manchester United mahu menukar pengurus mereka kerana kami memenangi perlawanan tersebut.”

Shaqiri dakwa menerima mesej bertalu-talu kerana menjadi punca Mourinho dipecat. Tak da terima mesej thank you ke dari Pogba ?

“Terdapat beberapa sebab yang lain lagi ia berlaku tetapi perlawanan tersebut akan masuk dalam buku sejarah. Ia juga akan masuk dalam lipatan sejarah saya juga.”

Liverpool akan meneruskan kempen Liga Perdana Inggeris dengan berkunjung ke Molineux Stadium pada hujung minggu ini untuk berhadapan dengan pasukan meningkat naik, Wolves. Kemenangan ke atas Wolves boleh meletakkan Liverpool 4 mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City sekurang-kurangnya sehingga anak buah Pep Guardiola turun menentang Crystal Palace.

Walaupun berjaya menjaringkan dua gol ketika menumpaskan Setan Merah, tempat Shaqiri dalam kesebelasan utama Liverpool masih belum terjamin sepenuhnya. Namun begitu, pemain antarabangsa Switzerland ini menerima hakikat tersebut kerana ia merupakan perkara yang perlu dihadapinya apabila beraksi dengan pasukan besar seperti Liverpool.

Selamat tinggal Papa Mou. Celoteh mu akan dirindui seluruh warga EPL

“Semua pemain mahu bermain, itu adalah normal. Semua pemain akan berasa tidak gembira apabila berada di bangku simpanan, itu juga perkara yang normal.”

“Tetapi itulah bola sepak. Hanya 11 pemain sahaja yang boleh diturunkan dalam kesebelasan utama dan jurulatih juga mempunyai rancangan beliau tersendiri bagi menghadapi setiap perlawanan.

Baca Juga

Baca Juga