Shaqiri Sah Menjadi Milik Liverpool Dan Klopp Memuji Kehebatan Shaqiri Hingga Kelangit

Pasukan terhebat di muka bumi yang fana ini, Liverpool power this is our year! telah berjaya mengikat pemain handalan Switzerland, Xherdan Shaqiri dari Stoke City yang telah menjunam terjun ke Liga Bawahan.

Xherdan Shaqiri nyata bersinar dan menonjol ketika beraksi di Piala Dunia 2018 bersama Switzerland telah menandatangan kontrak jangka panjang bersama Liverpool di Melwood selepas selesai menjalani ujian perubatan pada jumaat.

Pemain yang berusia 26 tahun itu merupakan pemain ketiga yang diikat oleh The Red bagi menghadapi musim 2018/19 bersama Naby Keita dan Fabinho. Nabil Fekir untuk masa ini hanyalah tinggal kenangan yang melucukan.

Seperti harga durian yang merundum teruk sekarang, Liverpool memperoleh Shaqiri dari Stoke City dengan yurang perpindahan serendah £13 juta sahaja dan jika dilihat pada harga sangat berbaloi tanpa perlu melihat aksi di padang.

Nombor jersi yang akan dipakai oleh Xherdan Shaqiri bagi meniti hari-hari bahagia bersama Liverpool adalah 23 dan tanda pagar #XS23 juga telah diperkenalkan yang membawa erti Xherdan Shaqiri 23.

Shaqiri yang terpaksa memendekkan cuti selepas Piala Dunia bagi bersatu dengan Liverpool telah bercakap dan mula menyebut perkataan sejarah kepada Liverpoolfc.com dan berkata :

“Aku gembira untuk berada di sini. Ini merupakan satu kelab yang besar dengan sejarah yang besar, pemain besar dan jurulatih yang menakjubkan. Jadi aku sangat bangga dan gembira berada di sini.”

“Sebagai pemain kau akan sentiasa berada di pentas yang besar dalam bola sepak. Beberapa tahun lalu, aku mahu datang tetapi tidak berlaku. Aku gembira akhirnya aku di sini. Aku mahu meningkatkan diri aku juga. Aku mahu bersama yang terbaik dan menang gelaran. Sebab itulah aku di sini.”

Selama 3 musim bersama Stoke City, Shaqiri telah membuat 84 penampilan dan menjaringkan 30 gol dan assist. Bersama Switzerland Shaqiri telah menjaringkan 21 gol dalam 71 perlawanan dan bermain dalam kesemua 4 perlawanan Switzerlan di Piala Dunia 2018.

Shaqiri memulakan kerjaya bersama FC Basel sebelum menyertai Bayern Munich selama 2 tahun setengah pada musim panas tahun 2012. Shaqiri sempat beraksi 6 bulan sahaja bersama Inter Milan sebelum menyertai Stoke Citu pada Ogos 2015.

Shaqiri telah memenangi 6 gelaran juara liga ketika bermain di Switzerland dan Jerman. Shaqiri juga telah menjulan trofi Champions League bersama Bayern Munich pada musim 2012/13 dan ternyata sejarah tekini Shaqiri lebih besar dari Liverpool.

Pengurus Liverpool nyata gembira dengan ikatan baru mereka ini dan memuji Shaqiri yang dianggap mempunyai campuran yang sedap seperti kemampuan, sikap dan potensi dan Klopp percaya ini adalah satu perjanjian yang sempurna.

“Aku fikir ayat dalam bahasa Inggeris untuk menjelaskan keputusan mengikat Xherdan adalah ‘no-brainer'(Mudah). Bila seseorang seperti beliau wujud kau harus memberi tindak balas jika kau bijak – dan kami melakukannya.”

“Beliau mempunyai kelajuan dan kemampuan, mempunyai jumlah keangkuhan yang tepat ketika dalam padang. Keberanian yang sejati yang mahukan bola dan mampu mempengaruhi sesuatu. Untuk bermain bersama kami ini adalah keperluan wajib.”

“Dari prospektif kami, beliau merupakan seorang yang mampu memberi perbezaan besar kepada pasukan kerana beliau sesuai bermain di banyak posisi dalam sistem kami. Beliau memberi kami lebih keanjalan.”

“Aku kenal sangat budak Shaqiri ni masa dia kat Switzerland lagi apatah lagi di Jerman. Dah lama aku minat Shaqiri ni. Bonus tambahan adalah beliau sudah mengenali Premier League dan sudah tentu mampu untuk beraksi dalam persekitaran tegang yang unik ini.

Baca Juga

Baca Juga