Sharnaaz Ahmad Berang Penang Tersingkir : “Tolong Lah Tag Kera Tu”

Pulau Pinang jika dilihat secara mata kasar telah menjadi pasukan pertama Liga Super 2017 tersingkir ke Liga Perdana ketika perlawanan masih berbaki dua perlawanan dan situasi ini nyata membuatkan pelakon handalan Sharnaaz Ahmad berang dan marah.

Secara matematiknya Pulau Pinang belum lagi tersingkir secara rasmi tetapi hanya keajaiban mampu menyelamatkan Pulau Pinang untuk memotong Kelantan.

Pulang Pinang perlu menang lebih daripada 14 gol dalam baki dua perlawanan menentang Perak dan Selangor tanpa bolos dan Kelantan tewas baki perlawanan.

Oleh kerana perkara ini sangat mustahil dan dengan akal yang sihat, maka bolehlah kita bersetuju bawah Pulau Pinang telah tersingkir ke Liga Perdana.

Situasi ini jelas menimbulkan rasa gundah gulana, geram dan kecewa kepada Sharnaaz Ahmad yang memuat naik status meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Sebagai peminat tegar Pulau Pinang semenjak kecil lagi, Sharnaaz Ahmad tidak salahkan pemain tetapi beliau menyalahkan pihak pengurusan.

“Dari kecik aku sokong FAP.. tapi tahniah lah diatas segala kejahanam yg anda lakukan.. kebodohan / korupsi yg tiada kesudahan.. jgn sesekali salahkan player.. salahkan pentadbiran yg hariaaaa jadah!!”

Dan Sharnaaz juga meminta jasa baik semua untuk tag kera itu. Siapakah kera yang dimaksudkan? Adakah kerana mempunyai akaun laman sosial?

“Atau ayat lebih molek, MUSIBAT! Sapa lah pi lantik si banggang dok di atas.. tolong lah tag kera tu..”

Luahan hati dan pendapat Sharnaaz Ahmad yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang keras mendapat sokongan pengikutnya di Instagram. Nyata mereka juga kecewa dan marah dengan nasib pasukan skuad Harimau Kumbang itu.

Sumber

Berita ini bersumber dari laman Instagram Sharnaaz Ahmad

Baca Juga

Baca Juga