Sheamus Berkongsi Gambar Ngeri Ekoran Kecederaan Beliau Alami Ketika Acara RAW Minggu Ini

Tentu ada alasan tersendiri mengapa Sheamus digelar The Celtic Warrior oleh WWE, dan bukan sekadar membawa gelaran tersebut untuk suka-suka sahaja.

Bintang WWE yang berasal dari Ireland itu membuktikan beliau layak membawa gelaran Warrior itu atas apa yang telah dipamerkan olehnya di atas gelanggang selama ini.

Bukan hanya sekali, bahkan telah berkali-kali Sheamus membuktikan yang beliau bukan sekadar penghibur biasa.

Di acara RAW minggu ini, beliau sekali lagi membuktikan mengapa nama Warrior itu sesuai untuknya.

Juara WWE United States itu mengalami patah hidung ketika beraksi bertemu Humberto Carrillo dalam pertarungan tanpa tali pinggang di acara mingguan RAW.

Namun sebagai seorang Warrior sejati, Sheamus menegaskan yang beliau tidak akan melepaskan kejuaraannya dan hanya mahu berehat sebentar sahaja jika diizinkan oleh WWE.

Selepas perlawanan tersebut, Sheamus telah berkongsi bagaimana kesan kecederaan yang beliau alami selepas disiku oleh Carrillo.

Gambar-gambar ngeri yang beliau kongsikan itu telah menarik perhatian peminat di media sosial.

Pada petang Sabtu pula, Sheamus sekali lagi berkongsi gambar mukanya yang tercedera, dan menunjukkan wajah beliau selepas menjalani pembedahan.

Iya, Sheamus terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat hidungnya yang patah akibat disiku oleh Carrillo.

Memang layak dianggap sebagai Warrior sejati, sejujurnya kecederaan yang beliau alami agak teruk dengan hentakkan yang begitu kuat kena di hidungnya.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, selepas insiden itu, Sheamus masih tetap meneruskan perlawanan kerana tidak mahu menghampakan penonton.

Sesuatu yang harus dihormati, walau hidungnya patah, beliau tetap meneruskan perlawanan mengikut skrip yang telah ditetapkan.

Selepas menjalani pembedahan pada hujung minggu lalu, tentu sangat menakjubkan seandainya Sheamus membuat kemunculan di acara RAW minggu ini.

Jika beliau benar-benar muncul di acara RAW minggu ini, jelas Sheamus bukan hanya Warrior sejati, tetapi beliau sebenarnya immortal.

Humberto Carrillo yang mungkin tersalah langkah atau secara tak sengaja mematahkan hidung Sheamus, tentunya akan menjauhkan diri buat seketika.

Kerana Sheamus tentunya akan membalas dendam dan tidak mengejutkan andai beliau pula yang dengan sengaja berpura-pura tak sengaja bakal mematahkan hidung Humberto Carrillo.

BACA:  Peminat Terkesan Dengan Keputusan WWE Melepaskan Bray Wyatt