Shearer Label Tindakan Bruno Minta Penyokong Henti ‘Boo’ Ole Sebagai Memalukan

Alan Shearer tanpa berselindung telah melabel tindakan Bruno Fernandes yang meminta penyokong Manchester United supaya berhenti ‘boo’ dan mengejek Ole Gunnar Solskjaer sebagai tindakan yang memalukan.

Ole Gunnar Solksjaer telah diboo dan diejek ketika datang untuk membuat lambaian terakhir dengan meminta maaf dan berterima kasih kepada penyokong yang bertandang di Stadium Vicarage Road.

Semakin Solskjaer menghampiri para penonton, semakin kuat makian dan hinaan yang dilemparkan kepadanya lantaran amarah selepas diaibkan begitu saja dengan Watford.

Namun Bruno Fernandes telah beremosi apabila tampil membela Ole Gunnar Solskjaer dengan meminta penyokong supaya tidak menyalahkan Ole tetapi menyalahkan pemain termasuk beliau.

Beliau turut sedar yang para pemain United juga sebenarnya bersalah dan patut bertanggungjawab, dengan aksi yang dipamerkan oleh skuad setan merah benar-benar mengecewakan.

Kunjungan ke Vicarage Road sebenarnya wajib pulang dengan membawa tiga mata penuh untuk Ole Gunnar Solskjaer, yang hanya mampu mencatatkan satu kemenangan sahaja dari enam perlawanan terakhir mereka dalam saingan Premier League.

Dua video dibawah memaparkan insiden dengan jelas Bruno Fernandes yang begitu emosi dan ejekan yang sangat jelas dari penyokong.

Tindakan Bruno Fernandes meminta peminat untuk tidak mengejek dan mengeboo Ole Gunnar Solskjaer mengundang rasa tidak puas hati dan meluat kepada Alan Shearer.

Ini kerana Bruno Fernandes langsung tidak berusaha dan mempamerkan aksi yang buruk tanpa pedoman ketika mereka berpeluang untuk menyelamatkan Ole Gunnar Solskjaer. Satu perlakuan yang agak hipokrit.

Bercakap dirancangan Match of the Day seperti dilaporkan oleh Football 365, Shearer berkata:

“Aku rasa tindakan Bruno Fernandes agak memalukan kerana mereka mempunyai peluang untuk menyelamatkan punggung pengurus dengan prestasi yang mereka tunjukkan.”

“Jadi, untuk Bruno berkata ‘jangan hanya salahkan pengurus, salahkan semua pemain’. Sudah tentu mereka harus menyalahkan pemain kerana ia agak jelas dari sikap mereka, dari prestasi mereka bahawa pemain tidak mahu pengurus itu.”

Alan Shearer meneruskan hujahnya dengan mendakwa pemain Manchester United telah ‘berhenti berlari/berjuang untuk pengurus mereka’ dan telah ‘hilang rasa hormat’ kepada Ole lantaran penilaian yang teruk.

“Mereka telah berhenti berjuang untuk pengurus mereka,” tambahnya.

“Mereka telah hilang rasa hormat kepada pengurus dan anda mempunyai seorang pemain yang keluar dan berkata ‘mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan bola.”

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Premier League itu juga menyelar sikap berpura-pura dipamerkan oleh pemain Setan Merah. Walaupun Ole tiada mempunyai perancangan dan taktik sebagai pemain profesional mereka boleh melakukan perubahan dengan berusaha.

“Nah, itu terletak di kaki pengurus kerana tiada perancangan, tiada taktik.”

“Tetapi pemain boleh keluar dari situasi itu, pemain boleh berlari, mereka boleh berusaha, mereka boleh mempunyai sikap dan mereka tidak membuktikan apa-apa.”

“Jadi sikap itu memebritahu anda apa yang mereka fikirkan tentang pengurus.”

Aksi longlai dan tiada usaha untuk menyelamatkan pengurus menyaksikan mesyuarat tergempar diadakan dan Ole Gunnar Solskjaer dipecat ada agenda utama dan dokumen berkaitan terus disediakan.

Selepas lebih 12 jam akhirnya detik yang dinanti telah tiba apabila secara rasmi dan sahnya Ole Gunnar Solskjaer telah dipecat oleh Manchester United demi kelangsungan hidup kelab untuk terus bersaing.

Perkara ini telah diumum melalui laman sesawang rasmi Manchester United, manutd.com untuk makluman kepada peminat dan pembenci seluruh dunia.

“Manchester United mengumumkan bahawa Ole Gunnar Solskjaer telah meninggalkan peranannya sebagai pengurus.”

“Ole akan sentiasa menjadi legenda di Manchester United dan dengan kesal kami telah membuat keputusan yang sukar ini. Walaupun beberapa minggu kebelakangan ini mengecewakan, mereka tidak sepatutnya mengaburkan semua kerja yang telah dilakukannya sejak tiga tahun lalu untuk membina semula asas kejayaan jangka panjang.”

“Ole pergi dengan iringan ucapan terima kasih yang tulus atas usaha gigihnya sebagai Pengurus dan harapan terbaik kami untuk masa depan. Tempatnya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin, bukan hanya untuk kisahnya sebagai pemain, tetapi sebagai seorang lelaki yang hebat dan Pengurus yang memberi kami banyak detik hebat. Dia akan selamanya dialu-alukan kembali ke Old Trafford sebagai sebahagian daripada keluarga Manchester United.”

Michael Carrick akan menjadi pengendali dan mengambil alih pasukan untuk perlawanan yang mendatang sehingga pengurus interim dilantik sehingga penghujung musim.

“Michael Carrick kini akan mengendalikan pasukan untuk perlawanan yang akan datang, manakala kelab itu akan melantik pengurus sementara hingga akhir musim.”

Manis saja ayat di laman Twitter Manchester United apabila mengumumkan Ole Gunnar Solskjaer telah meninggalkan jawatan selaku pengurus bukannya dipecat.

“Manchester United boleh mengesahkan bahawa Ole Gunnar Solskjaer telah meninggalkan peranannya sebagai Pengurus.”

“Terima kasih untuk segalanya.”

Maka berakhirlah era Ole Gunnar Solskjaer dan Manchester United akan membuka lembaran baharu untuk mengembalikan kegemilangan mereka.

BACA:  Harry Kane Samai Rekod Alan Shearer Selepas Hatrik Menentang Burnley