Media British mendedahkan Emir Qatar, Sheikh Jassim enggan mengundurkan diri untuk melabur di dalam bola sepak dan mensasarkan untuk mendapatkan pegangan di dalam West Ham selepas ini.
Perkara itu akan dilakukan oleh Sheikh Jassim sekiranya cubaan untuk mendapatkan Manchester United gagal direalisasikan.
Pada masa ini West Ham adalah antara kelab bola sepak yang mendapat perhatian ramai pelabur selepas pemiliknya, David Sullivan mendedahkan kelab itu kini terbuka untuk dijual.
Sejak kematian seorang lagi pemilik kelab, David Gold pada Januari lalu keadaan kewangan kelab London itu mulai menjadi tidak stabil.
🚨🚨| NEW: Sheikh Jassim will consider BUYING West Ham if his bid for Manchester United falls through.
[El Pais] pic.twitter.com/3ikreQSL0m
— CentreGoals. (@centregoals) May 21, 2023
Sullivan pula tidak mampu untuk menguruskan hal pelaburan dan dana kelab itu secara berseorangan. Musim ini isu tersebut memberikan impak kepada West Ham sehingga bergelut di zon penyingkiran sehingga ke akhir musim.
West Ham dilihat sebagai kelab berpotensi kerana prestasi pasukan itu di eropah di pertandingan Conference League. Berjaya mara ke final, kelab itu akan menamatkan penantian kejuaraan 58 tahun jika menang di final.
Sheikh Jassim Man United offer
➡️ £6.3Bn for the club
➡️ £2Bn for new Stadium & training ground
➡️ £1Bn for debts
🟰 £9.3Bn🐔Tottenham Hotspur price: £4Bn
⚒️WEST HAM PRICE: £800M
Man Utd (The Brand)
Spurs ("considered" a "bargain")
WHU (THE PROJECT)Come on Qatar 😜 https://t.co/7J5qgGgOaj pic.twitter.com/bE1ODig71r
— Adam Leatherbarrow (@A_A_L_1986) May 17, 2023
Pada masa ini Sir Jim Ratcliffe dianggap sedang mendahului Sheikh Jassim untuk memiliki pegangan di Old Trafford.
Ini kerana tawaran jutawan British itu membenarkan keluarga Glazer untuk kekal memiliki pegangan. Sheikh Jassim pula mahu melakukan tawaran untuk mendapatkan pemilikan penuh sekali gus tidak membenarkan keluarga Glazer menikmati dividen dan bonus bernilai jutaan pound sepertimana yang mereka lakukan sejak lebih dua dekad lalu.
Akhbar Telegraph melaporkan perpindahan pemilikan Man Utd akan berlanjutan sehingga pada musim panas akan datang kerana Glazer mahu mendapatkan keuntungan secara maksimum sekiranya melepaskan kelab itu.