Shin Tae-yong: Vietnam Tak Bolos Sebab Lawan Team Lemah Dalam Kumpulan B

Indonesia sudah sedia mengajar Vietnam erti bola sepak sebenar apabila mereka bertemu dalam aksi separuh akhir.

Ini selepas Vietnam yang dikatakan bermain menentang pasukan tak kuat dalam kumpulan B.

Jurulatih kebangsaan Indonesia, Shin Tae Yong menyatakan bahawa dia tidak gentar dengan rekod menakutkan Vietnam setakat ini dalam Piala AFF 2022.

Di mana skuad Vietnam masih tidak melepaskan sebarang bolos. Mereka menjadi satu satunya pasukan yang tidak bolos di peringkat kumpulan dalam edisi kalin ini.

Menurut Shin Tae Yong, Vietnam masih belum jumpa lawan mereka yang sebenar. Kerana lawan Vietnam dalam kumpulan B adalah lemah dan lembik.

Vietnam sekumpulan dengan Malaysia, Singapura, Myanmar dan Laos.

Sementara Shin Tae Yong beranggapan jika Vietnam berada di kumpulan A seperti mereka, sudah tentu pasukan bimbingan kakek Park Hang Seo itu akan bolos.

Indonesia akan bertemu Vietnam pada aksi pertama separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Utama Bung Karno (GBK) pada Jumaat.

Pasukan Park Hang Seo tidak bolos dalam empat perlawanan peringkat kumpulan dan menjaringkan 12 gol. Vietnam layak ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan B, manakala Indonesia menjadi naib juara Kumpulan A. Kedua dua pasukan masing masing mencetak 12 gol di peringkat kumpulan.

Ditanya mengenai kekuatan pertahanan Vietnam yang sentiasa mampu mengekalkan rekod bersih tanpa dibolosi dalam fasa kumpulan, Shin Tae Yong tidak terlalu kagum dengannya.

Shin Tae Yong malah tidak berselindung melabel Vietnam berada dalam kumpulan terlalu lemah.

“Pada pendapat saya ia adalah kerana lawan Vietnam lemah [dalam fasa kumpulan], jadi mereka tidak dapat menjaringkan gol.”

“Jadi ia bergantung kepada situasi, pandangan berbeza. Jadi saya lihat Vietnam bagus dalam pertahanan, tetapi ia bergantung kepada situasinya, jadi ia pasti berbeza, tak sama.”

“Separuh akhir akan berbeza daripada peringkat kumpulan,” kata Shin Tae Yong.

Selain tidak pernah melepaskan bolos, Vietnam juga mempunyai rekod baik menentang pasukan kebangsaan Indonesia sambil dibimbing oleh Park Hang Seo.

Sejak menjadi jurulatih Vietnam pada September 2017, Park Hang Seo tidak pernah tewas kepada Indonesia dalam enam pertemuan.

Shin Tae Yong percaya pertarungan antara Indonesia vs Vietnam pada separuh akhir Piala AFF 2022 adalah saat yang tepat untuk menamatkan rekod tanpa kalah Park Hang Seo ke atas Indonesia.

Walaupun memgakui Park Hang Seo telah melakukan tugasannya dengan baik di Vietnam, Shin Tae Yong menganggap tugasannya di Indonesia lebih sukar berbanding dengan cikgu Park.

Dia tiba di Indonesia dalam keadaan liga Indonesia dilanda masalah dan penggantungan.

Berbanding di Vietnam, di mana Park Hang Seo memiliki sistem bola sepak yang berjalan seperti biasa.

Shin Tae Yong menambah: “Jelas sekali, sebaik sahaja anda menukar jurulatih pasukan kebangsaan, anda tidak akan berubah secara automatik menjadi lebih baik.. bermakna anda juga memerlukan masa untuk meningkat ke peringkat teratas.”

“Vietnam juga mempunyai pencapaian yang hebat ketika Park Hang Seo tiba. Di mana liga mereka juga berjalan dan perlawanan domestik mereka mereka masih berjalan seperti biasa pada masa itu,” kata Shin. Taeyong.

“Saya datang ke Indonesia dengan situasi berbeza, sebaik tiba ada wabak dan liga juga terhenti beberapa kali, jadi banyak masalah.”

“Tetapi sekarang masa yang tepat untuk dapat melawan Vietnam dengan baik dan pastinya kita bukan lawan yang mudah untuk Vietnam,” kata Shin Tae Yong.

Indonesia dalam misi untuk menamatkan rekod tak diingini, tak pernah menjuarai Piala AFF.

Mereka hampir melakukannya sebanyak 5 kali termasuk dalam edisi sebelum ini. Membuatkan mereka menjadi negara paling banyak bergelar naib juara.

Sumber: Axello.net

BACA:  Tindakan Asnawi Menganjing Faris Ramli Buatkan Shin Tae Yong Naik Hantu