Siapa Akan Menang Jika Pasukan Sepanyol Bertemu Catalonia

Seperti yang diketahui umum, bangsa Catalonia telah memilih untuk keluar Sepanyol selepas 90% daripada buangan undi memilih untuk merdeka. Selain memberi impak kepada ekonomi Sepanyol, di mana wilayah ini menyumbang kepada 20-30% KDNK Sepanyol setiap tahun, pasukan bola sepak La Roja juga bakal turut terjejas.

Selepas keluar Sepanyol, pasti Catalonia FA akan menjadi ahli UEFA secara rasmi dan boleh bertanding dalam kejohanan anjuran UEFA secara sah. Andai Sepanyol dan Catalonia berentap, agaknya siapa yang menang ya?

Pasukan Sepanyol

Penjaga gol : David De Gea

Tidak dapat dinafikan De Gea adalah penjaga gol terbaik dunia pada masa ini dan atas sebab itulah dia diletakkan dalam senarai ini, mengenepikan Diego Lopez, Sergio Asencio, Iker Casillas dan juga Khairullas Fahmecio Suarez.

Pertahanan kanan: Dani Carvajal

Dani Carvajal adalah produk akademi Real Madrid, sebelum berpindah ke Bayer Leverkusen selama semusim. Prestasi cemerlangnya bersama kelab Jerman tersebut membuka hati dan minda Real Madrid untuk membawanya kembali ke ibu kot Sepanyol.

Pertahanan tengah : Sergio Ramos dan Nacho Monreal

Sergio Ramos merupakan kapten buat Real Madrid dan Sepanyol. Secara matematik mudahnya dia memang patut berada dalam senarai ini. Lagipun, bagaimana sebuah bahtera bisa belayar tanpa nahkoda?

Nacho Monreal sudah beraksi bersama Arsenal sejak 2013, selepas dibeli dari Malaga. Setakat ini dia telah beraksi lebih 130 perlawanan buat The Gunners dan berganding baik dengan Per Mertesacker. Tapi tu lah, main Europa.

Pertahanan kiri : Cesar Azpilicueta

Apa lagi yang perlu diperkatakan mengenai pemain Chelsea ini. Dia mampu bermain di posisi pertahanan tengah dan juga full back apabila diperlukan.

Pemain tengah bertahan : Ander Herrera dan Saul Niguez

Pada musim lalu Herrera merupakan pemain terbaik Syaitan Merah di mana dia menjadi watak utama dalam membantu Manchester United memenangi Piala EFL dan Liga Europa.

Saul Niguez juga bukan calang-calang pemain. Produk Atletico Madrid ini cukup cemerlang bersama pasukan ibu negara Sepanyol tersebut sejak 2012.

Pemain tengah serangan : David Silva, Isco dan Thiago Alcantara

David Silva boleh dikatakan pemain perancang terbaik di Liga Perdana Inggeris sejak dia belum botak lagi. Dia juga telah membantu Manchester City memenangi kejuaraan liga pertama pada tahun 2012 dan kekal sebagai antara pasukan pencabar yang kuat di England.

Isco pula semakin hari namanya semakin menjadi zikir harian di bibir peminat. Mana tidaknya, aksinya yang sering mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan lawan cukup untuk menjadi igauan dan mimpi ngeri. Banyangkan, bola baru je clear tiba-tiba datang balik. Isco punya kerja lah tu.

Thiaga Alcantara cukup dikenali sebagai pemain yang mempunyai kawalan bola yang baik. Cara permainannya yang mudah dan ringkas sering kali mendapat pujian daripada penyokong – terutamanya ketika menang. Kalau kalah memang dibabikan saja pemain ini.

Penyerang : Alvaro Morata

Ramai yang mengatakan bahawa pemain ini tidak akan menyinar di Liga Perdana Inggeris selepas dibeli oleh Chelsea dari Real Madrid. Namun Morata tidak ambil pusing dengan cemuhan dan cercaan para pembenci, malah kesemua itu dijadikan inspirasi dan bisikan nurani yang positif.

Pasukan Catalonia

Penjaga gol : Kiko Casilla

Penjaga gol Real Madrid ini seringkali menjadi pilihan kedua di belakang Keylor Navas, sejak menyertai kelab tersebut pada tahun 2015. Mungkin kerana namanya seakan Iker Casillas, maka jurulatih tidak begitu gemar untuk menurunkannya. Cian.

Pertahanan kanan : Hector Bellerin

Pemain pertahanan Arsenal ini memiliki rambut ikal mayang yang cukup dicemburui oleh ramai wanita, selain kelajuan yang cukup memukau di atas padang. Bellerin telah beberapa kali menyelamatkan gol Arsenal daripada dibolosi dengan berlari dengan pecutan yang memukau.

Pertahanan tengah : Gerard Pique dan Marc Bartra

Tidak perlu diperkenalkan lagi suami kepada penyanyi Shakira ini. Pengaruhnya yang kuat di Barcelona membolehkan dia digelar sebagai El Presidente.

Berusia 26 tahun, Marc Bartra boleh dikatakan sedang berkembang dan menghampiri fasa kemuncaknya. Pemain pertahanan Borussia Dortmund ini mempunyai ketenangan yang luar biasa di atas dan luar padang. Maka beruntunglah isterinya nanti kerana mendapat teman hidup yang luar biasa tenang.

Pertahanan kiri : Jordi Alba

Tanpa ragu pemain Barcelona ini layak untuk mendapat kesebelasan utama. Bersama Sepanyol, dia telah memenangi Euro 2012. Alba sering membantu bahagian serangan di mana dia kerap kali naik ke atas sampai lupa untuk turun membantu barisan pertahanan. Biasalah, manusia kan. Tiada yang sempurna.

Pemain tengah : Sergio Busquets, Francesc Fabregas, Sergi Roberto

Sergio Busquets mula berkembang sebagai antara pemain tengah bertahan terbaik dunia di bawah bimbingan Pep Guardiola. Pemain ini cukup tenang menahan asakan pihak lawan selain menjadi pencetus kepada gerakan serangan. Di bawah tekanan tinggi, Busquets sangat mahir berlakon dan sudah ramai pemain lawan menjadi mangsanya.

Fabregas merupakan pemain yang mempunyai mata di belakang kepalanya di mana dia cukup pintar melakukan gerakan dan hantaran tanpa disedari pemain lawan. Mungkin ilmu bomoh yang berkhidmat kepada pemain ini memang cukup tinggi.

Sergi Roberto setakat ini sering digunakan di beberapa posisi seperti pemain tengah dan juga fullback. Pemain ini cukup dikenali sebagai seorang yang tajam terjahannya dan jarang sekali dia memakan kaki lawan.

Penyerang : Keita Balde, Bojan Krkic dan Gerard Deulofeu

Walaupun berbangsa Senegal, Balde layak untuk mewakili Catalonia kerana dilahirkan di Girona. Pada musim ini, Balde telah berhijrah ke juara Ligue 1, AS Monaco dari Lazio pada harga £20 juta.

Bojan Krkic pernah digelar The Next Messi di mana dia berjaya memecah masuk ke kesebelasan utama Barcelona sebelum berusia 20 tahun. Walaubagaimanapun, prestasinya yang tidak konsisten telah membawanya ke banyak pasukan termasuk Stoke. Ya, Stoke City.

Gerard Deulofeu juga hampir senasib dengan Krkic. Dia mula mencipta nama apabila dipinjamkan ke Everton dan memandangkan Everton bermain di liga paling terkenal di dunia, maka namanya pun cepat naik. Selepas Everton, Deulofeu dipinjamkan pula ke Sevilla, sebelum dibeli secara kekal tanpa gentleman agreement oleh Everton. Pada musim ini dia kembali mewakili Barcelona selepas Neymar dijual.

Ramalan

Barisan kesebelasan utama dah ditentukan, bookie pun dah sedia. Ikut rasa hati perut engkorang la kan, siapa yang akan menang?

Baca Juga

Baca Juga