Siapa Diundi Kim Pan Gon Dan Safawi Rasid Untuk Anugerah FIFA Best?

Siapakah yang telah diundi oleh ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, Kim Pan Gon dan ketua pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid untuk anugerah FIFA Best bagi kategori pemain lelaki terbaik dan jurulatih lelaki terbaik?

The Best adalah nama anugerah untuk bola sepak sepak anjuran FIFA bagi memberi pengiktirafan kepada pemain dan jurulatih bola sepak selepas berpisah dengan Ballon d’Or.

Untuk menentukan pemenang di The Best FIFA, undian dibahagikan kepada empat kategori. Ia merangkumin undian daripada penyokong, Ketua Jurulatih skuad kebangsaan setiap anggota gabungan, kapten pasukan skuad kebangsaan, dan 300 wakil daripada media di setiap benua.

Menurut laman sesawang FIFA, empat kategori ini adalah cabang utama yang mempunyai kepentingan di dalam bola sepak. Dan kerana itulah mereka diberikan hak untuk memilih pemenang.

Sebagai sebuah negara anggota gabungan FIFA, Malaysia turut layak untuk mengundi pemain dan jurulatih terbaik di anugerah berprestij anjuran badan dunia itu.

Dan Malaysia diwakili oleh Kim Pan-gon selaku Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, dan Safawi Rasid sebagai kapten pasukan senior kebangsaan.

Siapakah yang menjadi pilihan Kim Pan-gon dan Safawi Rasid untuk memenangi Anugerah FIFA The Best untuk pemain terbaik dan jurulatih terbaik. Dan ini adalah calon-calonnya:

Calon Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2022

1. Julián Álvarez (Argentina / River Plate / Manchester City FC)
2. Jude Bellingham (England / BV Borussia 09 Dortmund)
3. Karim Benzema (France / Real Madrid CF)
4. Kevin De Bruyne (Belgium / Manchester City FC)
5. Erling Haaland (Norway / BV Borussia 09 Dortmund / Manchester City FC)
6. Achraf Hakimi (Morocco / Paris Saint-Germain)
7. Robert Lewandowski (Poland / FC Bayern München / FC Barcelona)
8. Sadio Mané (Senegal / Liverpool FC / FC Bayern München)
9. Kylian Mbappé (France / Paris Saint-Germain)
10. Lionel Messi (Argentina / Paris Saint-Germain)
11. Luka Modrić (Croatia / Real Madrid CF)
12. Neymar (Brazil / Paris Saint-Germain)
13. Mohamed Salah (Egypt / Liverpool FC)
14. Vinícius Junior (Brazil / Real Madrid CF)

Calon Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA 2022

1. Carlo Ancelotti (Italy / Real Madrid CF)
2. Didier Deschamps (France / French National Team)
3. Pep Guardiola (Spain / Manchester City FC)
4. Walid Regragui (Morocco / Wydad AC / Moroccan National Team)
5. Lionel Scaloni (Argentina / Argentinian National Team)

Hasil undian yang dikongsi dari laman sesawang FIFA mendedahkan Kim Pan-gon mengundi trio dari Paris Saint-Germain (PSG) untuk tiga tempat teratas atau undian terakhir untuk Pemain Terbaik.

Kapten Argentina, Lionel Messi merupakan pilihan pertama jurulatih dari Korea Selatan itu, diikuti oleh penyerang Perancis, Kylian Mbapee, dan bintang Brazil, Neymar.

Safawi selaku kapten pasukan negara turut memilih ketiga-tiga pemain, didahului dengan Messi, Neymar dan Mbappe di kedudukan ketiga.

Untuk kategori Jurulatih Terbaik pula, Kim Pan-gon memilih pemenang Piala Dunia 2022, Lionel Scaloni, jurulatih Real Madrid Carlo Ancelotti dan pengendali Manchester City, Pep Guardiola.

Safawi pula memiliki turutan pilihan yang berbeza apabila meletakkan Pep Guardiola sebagai pilihan pertama, Lionel Scaloni di kedudukan kedua dan Carlo Ancelotti di kedudukan ketiga.

Berbeza dengan Scaloni yang membimbing negaranya muncul juara Piala Dunia 2022, Pep Guardiola pula membantu Manchester City mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu.

Manakala Carlo Ancelotti berjaya membawa Real Madrid muncul juara La Liga dan UEFA Champions League pada 2022.

Nyata pilihan Kim Pan-gon begitu tepat kali ini apabila Lionel Messi dan Lionel Scaloni memenangi kategori masing-masing. Senarai penuh pemenang FIFA’s The Best Award 2023

The Best FIFA Women’s Goalkeeper:
Mary Earps

The Best FIFA Men’s Goalkeeper:
Emiliano Martinez

FIFA Puskas Award:
Marcin Oleksy

The Best FIFA Women’s Coach:
Sarina Wiegman

The Best FIFA Men’s Coach:
Lionel Scaloni

FIFA Fair Play Award:
Luka Lochoshvili

FIFA Fan Award:
Argentina fans

The Best FIFA Women’s Player:
Alexia Putellas

The Best FIFA Men’s Player:
Lionel Messi

FIFA FIFPRO Women’s World 11:

Christiane Endler, Lucy Bronze, Mapi Leon, Wendie Renard, Leah Williamson, Lena Oberdorf, Alexia Putellas, Keira Walsh, Sam Kerr & Beth Mead, Alex Morgan

FIFA FIFPRO Men’s World 11:

Thibaut Courtois, Joao Cancelo, Virgil van Dijk, Achraf Hakimi, Casemiro, Kevin De Bruyne, Luka Modric, Karim Benzema, Erling Haaland, Kylian Mbappe & Lionel Mess

Baca Juga

Baca Juga