Siapa Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Menurut Cristiano Ronaldo?

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengutip trofi Ballon d’Or yang ke-5 sepanjang kariernya dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Paris beberapa hari lepas. Beliau berjaya menggondol anugerah berprestij ini untuk dua kali berturut-turut.

Ronaldo telah melabelkan dirinya sebagai pemain terbaik bolasepak sepanjang zaman sambil menambah yang beliau tidak pernah melihat pemain lebih bagus dari dirinya sendiri.

Selepas menyamakan bilangan Ballon d’Or yang dimenangi dengan Lionel Messi iaitu sebanyak 5 kali, pemain antarabangsa Portugal ini telah menggelarkan dirinya sebagai pemain terbaik dalam sejarah bolasepak kerana beliau berjaya memenangi anugerah individu melebihi mana-mana pemain yang ada.

Ketika memberikan temuramah kepada majalah yang menganjurkan anugerah tersebut, France Football, Ronaldo berkata beliau hormat dengan pilihan setiap peminat mengenai pemain terbaik sepanjang zaman tetapi menegaskan tiada pemain yang mampu menjadi pemain melakukan perkara yang telah dilakukannya selama ini.

“Saya adalah pemain terbaik sepanjang zaman, ketika saya memenangi kejuaraan atau tidak. Saya hormat dengan pilihan setiap peminat, tetapi saya masih lagi belum melihat mana-mana pemain lebih baik dari saya. Itulah pendapat saya mengenai isu ini.”

“Tiada pemain bolasepak mampu melakukan perkara yang saya telah lakukan. Tiada pemain yang mempunyai pakej lengkap seperti saya. Saya mampu bermain baik dengan kedua-dua belah kaki, laju, kuat, pandai menggunakan kepala, menjaringkan gol dan melakukan assists. Mungkin ada yang lebih menggemari Lionel Messi dan Neymar tetapi saya beritahu kamu, tiada pemain yang lebih lengkap dari saya.”

“Tiada pemain yang berjaya memenangi anugerah individu melebihi apa yang saya telah menangi. Dan saya tidak hanya bercakap mengenai Ballon d’Or. Semua anugerah ini bukan setakat hasil titik peluh saya dalam gym, tetapi gabungan semua perkara yang saya lakukan untuk mencapai tahap ini.

Legenda sukan seperti Lebron James dan Floyd Mayweather tidak mencapai tahap sempurna dengan hanya berdasarkan nasib.Untuk mencapat tahap tertinggi dan kekal disana, kamu harus mempunyai bakat melebihi orang lain.”

Ronaldo turut mengakui pada satu peringkat kariernya, beliau tidak bermotivasi dan tidak mahu menghadiri mana-mana majlis sukan ketika Messi mendominasi setiap anugerah yang ada.

“Saya menang Ballon d’Or sebelum Messi, selepas itu beliau berjaya melintas saya dan memenanginya 4 kali berturut-turut. Saya tidak akan menyembunyikan perasaan ketika itu.

Saya berasa marah dan sedih. Saya pergi ke majlis penganugerahan pemain dan saya tidak pernah menang.

Pada satu peringkat, saya seperti hilang semangat dan tiada keinginan untuk pergi. Untuk hadir ke majlis hanya untuk bergambar tidak mendatangkan sebarang minat kepada saya.”

Ronaldo berkata kejayaan Real Madrid merangkul pelbagai kejuaraan peringkat domesti dan Eropah kebelakangan ini banyak membantu beliau meraih gelaran Ballon d’Or. Tetapi beliau mengakui Ballon d’Or tahun hadapan mungkin sukar untuk dimenangi.

“Saya tahu jika saya memenangi Liga Juara-Juara, saya selangkah menghampiri Ballon d’Or saya yang ke-5. Real Madrid berjaya memenanginya musim lepas, dan saya sekali lagi menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Dan saya turut menjaringkan dua gol dalam aksi final. Itulah kunci kemenangan anugerah Ballon d’Or ini.”

Cristiano Ronaldo menjulang France Football Golden Ball 2017 atau Ballon d’Or buat kali kelima dan kali kedua berturut-turut sekaligus menyamai pencapaian yang dilakukan oleh Lionel Messi.

Ronaldo sebelum ini pernah memengani anugerah sama pada tahun 2008, 2013, 2014 dan 2016. Ronaldo menjulang anugerah ini buat kali ke-4 dalam tempoh 5 tahun. Walaupun prestasi Ronaldo di La Liga agak merosot tetapi di Eropah Ronaldo masih lagi berbisa.

Pemenang Ballon d’Or ini dipilih berdasarkan prestasi pemain sepanjang tahun 2017 di mana Ronaldo telah memenangi La Liga UEFA Super Cup dan Champions League.

Baca Juga

Baca Juga