Siapa Yang Diundi Amri Dan Kim Swee Untuk Anugerah Pemain Dan Jurulatih Terbaik Didedahkan

FIFA melalui laman sesawangnya telah mengeluarkan senarai undian yang dilakukan oleh kapten pasukan dan jurulatih pasukan setiap negara serta media untuk memilih calon bagi anugerah The Best FIFA Men’s Player dan The Best FIFA Men’s Coach.

Malaysia diwakili oleh Amri Yahyah selaku kapten dan Ong Kim Swee yang merupakan jurulatih kebangsaan. Sementara itu tiada wakil media dari Malaysia yang dipilih untuk mengundi. Setiap pengundi boleh memilih 3 nama bagi setiap kategori.

Bagi kategori The Best FIFA Women’s Player dan The Best FIFA Women’s Coach pula Malaysia di wakili oleh Angela Kais selaku kapten dan Mohd Ashraaf Abdullah selaku jurulatih skuad wanita kebangsaan.

Undi bagi anugerah ini bukan lagi rahsia selepas pemenang dipilih. Mari kita lihat siapa yang diundi oleh Amri dan Ong Kim Swee.

Undian Amri Yahyah The Best FIFA Men’s Player And Coach

Bagi anugerah pemain terbaik Amri telah memilih pemain berikut:

1. Cristiano Ronaldo
2. Mesut Ozil
3. Jamie Vardy

Bagi anugerah jurulatih terbaik Amri telah memilih pemain berikut:

1. Jurgen Klopp
2. Josep Guardiola
3. Zinedine Zidane

Undian Ong Kim Swee The Best FIFA Men’s Player And Coach

Bagi anugerah pemain terbaik OKS telah memilih pemain berikut:

1. Cristiano Ronaldo
2. Lionel Messi
3. Mesut Ozil

Bagi anugerah jurulatih terbaik OKS telah memilih pemain berikut:

1. Diego Pablo Dollah Simeone
2. Luis Enrique
3. Jurgen Klopp

Baca Juga

Baca Juga