Siapa Yang Diundi Cheng Hoe Dan Aidil Untuk Anugerah FIFA BEST?

FIFA melalui laman sesawangnya telah mengeluarkan senarai undian yang dilakukan oleh kapten pasukan dan jurulatih pasukan setiap negara serta media untuk memilih calon bagi anugerah The Best FIFA Men’s Player dan The Best FIFA Men Coach.

Pemenang bagi anugerah yang dipertandingkan telah pun ketahui, Robert Lewandowski telah dinobatkan sebagai pemain bola sepak terbaik dunia bagi tahun 2020.

Manakala Jurgen Klopp yang membawa Liverpool menjuarai Premier League buat pertama kali dalam tempoh berpuluh tahun menjadi jurulatih terbaik dunia buat dua tahun berturut-turut.

Jurgen Klopp menewaskan pengurus Bayern Munich, Hans-Dieter Flick yang jauh jelak cemerlang secara teknikal selepas kedua-dua pengurus ini mendapat jumpah undian yang sama.

Nampak seperti tidak adil buat Hans-Dieter Flick namun harus diingat pemenang dipilih berdasarkan undian jurulatih kebangsaan, ketua pasukan kebangsaan dan media dari seluruh negara.

Malaysiaku tercinta juga berada dalam senarai pengundi selaku negara bola sepak yang bernaung di bawah FIFA dan layak untuk membuang undi seperti negara lain.

Malaysia diwakili oleh Aidil Zafuan And Radzak selaku kapten dan an Cheng Hoe yang merupakan jurulatih kebangsaan. Sementara itu wakil media dari Malaysia yang tidak dipilih untuk mengundi bagi tahun ini.

Setiap pengundi boleh memilih 3 nama bagi setiap kategori. Undi bagi anugerah ini bukan lagi rahsia selepas pemenang dipilih. Mari kita lihat siapa yang diundi oleh Aidil Zafuan And Radzak dan Tan Cheng Hoe.

Kapten Pasukan Malaysia – Aidil Zafuan And Radzak

Ketua pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan tidak langsung membuang undi kepada Lewandowski dan memilih Messi, Ronaldo dan Mbappe.

1. Lionel Messi
2. Cristiano Ronaldo
3. Kylian Mbappe

Untuk anugerah jurulatih lelaki terbaik pula Jurgen Klopp berada dihati Aidil sebagai pilihan pertama diikuti Bielsa dan Zidane.

1. Jurgen Klopp
2. Marcelo Bielsa
3. Zinedine Zidane

Jurulatih Pasukan Malaysia – Tan Cheng Hoe

Jurulatih dari Kedah yang penuh ketenangan, Tan Cheng Hoe meletakkan Lewandowski sebagai pilihan pertama, kemudian Ronaldo dan Kevin De Bruyne.

1. Robert Lewandowski
2. Cristiano Ronaldo
3. Kevin De Bruyne

Untuk anugerah jurulatih terbaik pula sudah pasti kejayaan Hans-Dieter Flick menjadi inspirasi dan meletakkan Flick selaku pilihan utama.

1. Hans-Dieter Flick
2. Jurgen Klopp
3. Marcelo Bielsa

Media Malaysia – Tiada Wakil

Tiada wakil dari media Malaysia tahun ini dan tidak pasti atas sebab apa. Namun jika kami diberikan peluang inilah pilihan kami.

1. Robert Lewandowski
2. Robert Lewandowski
3. Robert Lewandowski

Anugerah jurulatih terbaik

1. Hans-Dieter Flick
2. Hans-Dieter Flick
3. Hans-Dieter Flick

BACA:  Ayah Haaland Buat Memek Muka Jelek Saat Messi Diumum Pemenang FIFA BEST