Siapa Yang Diundi Cheng Hoe Dan Farizal Untuk FIFA BEST Men?

FIFA melalui laman sesawangnya telah mengeluarkan senarai undian yang dilakukan oleh kapten pasukan dan jurulatih pasukan setiap negara serta media untuk memilih calon bagi anugerah The Best FIFA Men’s Player.

Malaysia diwakili oleh Farizal Marlias selaku kapten dan an Cheng Hoe yang merupakan jurulatih kebangsaan. Sementara itu wakil media dari Malaysia yang dipilih untuk mengundi diberikan kepada Abdul Aziz Ahmad.

Van Dijk djangka akan menambahkan lagi kemarau Ronaldo-Messi daripada bergelar yang terbaik buat tahun kedua berturut-turut namun itu tidak terjadi apabila Lionel Messi telah dipilih sebagai pemenang.

Setiap pengundi boleh memilih 3 nama bagi setiap kategori. Undi bagi anugerah ini bukan lagi rahsia selepas pemenang dipilih. Mari kita lihat siapa yang diundi oleh Farizal Marlias, Tan Cheng Hoe dan Abdul Aziz Ahmad.

Kapten Pasukan Malaysia – Farizal Marlias

1. Lionel Messi
2. Cristiano Ronaldo
3. Mohamed Salah

Jurulatih Pasukan Malaysia – Tan Cheng Hoe

1. Virgil van Dijk
2. Messi
3. Ronaldo

Media Malaysia – Abdul Aziz Ahmad

1. Harry Kane
2. Ronaldo
3. Kylian Mbappe

Baca Juga

Baca Juga