Siapakah Yang Dimaksudkan Wenger Sebagai ‘Penguasa’ Kepada Diving Dalam Bolasepak Hari Ini?

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mendakwa pemain England hari ini telah menguasai segala ilmu berkenaan ‘diving’ dalam bolasepak dan turut mengakui terdapat pilih kasih dari pihak media berkenaan perkara ini.

Wenger dipetik berkata demikian ketika dalam sidang media menjelang pertemuan North London Derby hujung minggu ini menentang Tottenham Hotspurs yang bakal berlangsung di Stadium Wembley.

Sedegil-degil Wenger, beliau tidak akan sekali-kali menyuruh pemainnya menipu di atas padang

Isu diving dalam bolasepak menjadi semakin hangat minggu ini selepas beberapa pemain Tottenham Hotspurs didakwa cuba menjatuhkan badan dengan sengaja bagi tujuan untuk meraih perhatian pengadil ketika perlawanan Spurs menentang Liverpool tempoh hari.

Dua pemain antarabangsa England, Dele Alli dan Harry Kane menarik perhatian umum kerana didakwa melakukan diving bagi mendapatkan sepakan penalti dan percuma dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino cuba mempertahankan pemainnya dari menerima kecaman dengan berkata permainan bolasepak hari ini berkisar bagaimana untuk memperdayakan pasukan lawan.

Dele Alli sudah diangkat menjadi pakar diving walaupun baru berusia 21 tahun

“Argentina, Brazil, Perancis.. ia adalah sebahagian daripada bolasepak. Kita tidak boleh fokus terhadap satu negara sahaja.”

“Semua pihak menjadi terlalu sensitif hari ini. Bolasepak bagi saya adalah bagaimana untuk menjadi kreatif. Pemain harus cuba untuk tidak menipu tetapi memperdayakan pemain lawan dengan cara yang dibenarkan.”

Apabila diminta untuk memberikan komen mengenai pendapat Pochettino, Wenger jelas tidak bersetuju dengan kenyataan dari pengurus Spurs tersebut dan berkata beliau tidak akan sekali-kali menyuruh pemainnya menipu dalam kotak penalti.

“Saya rasa apa yang ingin disampaikan oleh Pochettino adalah kamu harus lebih bijak untuk memperdayakan pihak lawan. Adakah kenyataan Pochettino itu dikira sebagai permohonan maaf ? Saya tidak pasti. Saya tidak rasa beliau akan meminta maaf.”

Well done my sons. Poket Tino mempertahankan tindakan anak buahnya

“Pendapat saya adalah diving mesti dibuang dari sukan bolasepak. Saya masih ingat lagi kecaman yang diterima dari pihak media apabila pemain asing (bukan English) melakukannya.”

“Tetapi hari ini, pemain England berjaya mempelajari ‘diving’ dengan cepat dan mungkin boleh dianggap sebagai ‘penguasa’ dalam perkara ini.”

“Saya tidak pernah menyuruh pemain saya untuk melakukan diving. Kadangkala pemain akan cuba bermain dengan peraturan permainan. Berapa jauh mereka boleh menipu pengadil ? Itu terpulang kepada pengadil perlawanan.”

BACA:  Arteta Tak Sengaja Dedah Pemain Arsenal Hidup Bahagia Berkongsi Rumah Dan Isteri