“Sibuk Kejayaan Kelab Lain”- Man Utd Padam Tweet Lepas Kena Hentam Dengan Penyokong Sendiri

Manchester United terpaksa memadam tweet yang telah dimuat naik oleh admin mereka selepas ia dihentam teruk oleh para peminat selepas aksi kekalahan bertemu Brighton hujung minggu lalu.

Manchester United telah mempamerkan aksi persembahan terburuk mereka musim ini dengan anak-anak buah Ralf Rangnick itu dibelasah 4-0 di tangan skuad kendalian Graham Potter.

Kekalahan itu turut menyebabkan harapan Manchester United untuk layak beraksi di pentas Champions League terkubur dan mereka kini sedang bersaing untuk mendapat tempat beraksi di pentas Europa League.

Maka tidak hairanlah mengapa para penyokong berasa sangat kecewa dengan keputusan tersebut dan berduka atas hasil yang diberikan oleh kelab sepanjang musim ini.

Mereka bahkan berpotensi untuk mengakhiri saingan musim ini dengan kutipan mata paling rendah dalam sejarah saingan Premier League.

Mengakhiri saingan musim ini tanpa Piala masih boleh diterima oleh peminat, namun memikirkan keputusan-keputusan memalukan yang mereka catat dan aksi-aksi kelakar yang dipersembahkan, jelas sekali ia membuat para penyokong kecewa.

Dengan peminat sedang berduka, pengendali akaun twitter kelab pula menambah garam pada luka di hati mereka dengan memuat naik status yang tak sepatutnya beliau muat naik.

Pengendali akaun twitter kelab memuat naik tentang kejayaan bakal pengurus kelab, Erik Ten Hag bersama Ajax di laman twitter milik Manchester United.

“Skuad kendalian Erik Ten Hag kekal memiliki kelebihan dalam perlumbaan merebut gelaran Eredivisie yang sangat dramatik petang ini.”

Tulis laman twitter rasmi Manchester United selepas Ajax mencatatkan keputusan seri pada hujung minggu lalu.

Muat naik tersebut dibanjiri komen maki hamun dari para peminat yang menyebabkan pengendali akaun twitter United memadam terus muat naik tersebut.

“Saya tak tahu dah berapa kali musim ini Manchester United memalukan diri sendiri, dari penyokong, pimpinan kelab, pemain, pengurus sekarang admin pun sama.”

“Tulis hal seperti ini di laman rasmi twitter kelab. Memang patut mereka padam. Benda yang sangat-sangat memalukan. Dan ini bukti kita merupakan kelab paling teruk di dunia pada ketika ini.”

“Bayangkan kita boleh cerita hal kejayaan kelab lain di akaun media sosial kelab kita, ia cukup membuktikan yang kita sekarang tak ada apa yang boleh dibanggakan lagi.”

“Kenapa tak ucap tahniah kepada Liverpool sebab mara ke perlawanan akhir saingan Champions League? Atau cerita tentang aksi perlawanan akhir Piala FA antara Chelsea dan Liverpool?”

“Dah tak ada lagi ke hal yang lebih memalukan yang boleh ditulis di media sosial? Dari puji Ajax baik letak video semua gol yang berjaya dijaringkan pasukan lawan kita musim ini.”

Ajax sememangnya gagal untuk mengutip tiga mata penuh selepas mereka hanya mampu mencatatkan keputusan seri 2-2 bertemu AZ Alkmaar, namun harapan mereka untuk menjuarai saingan Eredivisie masih hidup.

Hal ini kerana seteru utama mereka, PSV Eindhoven turut sekadar mencatatkan keputusan seri dan ia berkemungkinan akan memudahkan urusan Ten Hag untuk menjulang gelaran Eredivisie ketiga beliau sebelum ke Old Trafford.

Tweet tentang Ajax itu bukanlah satu-satunya muat naik memalukan yang dimuat naik oleh Man Utd musim ini.

Terbaru tular semula di media sosial tentang muat naik Man Utd ketika hari pertama saingan Premier League musim ini bermula.

Selepas kejayaan mereka membelasah Leeds United 5-1 pada pembukaan musim ini, laman rasmi United telah memuat naik status menunjukkan yang mereka sedang mendahului carta liga.

Kerana berlagak merasakan mereka sudah Juara selepas hanya tamat perlawanan pertama, kini hal itu kembali menghantui mereka kerana mereka terlalu jauh dari kedudukan pertama liga.

Muat naik Man Utd selepas tamat aksi perlawanan pertama Premier League musim ini

Tweet memalukan tentang Ajax itu kemudiannya turut dihentam oleh chief executive, Richard Arnold yang mengambil alih tugas Ed Woodward pada hujung tahun nanti itu

Beliau jelas sekali tak gembira dengan strategi pihak media kelah dan sangat berharap agar ada perubahan tentang hal itu.

Director of communications kelab, Charlie Brooks meninggalkan kelab pada awal tahun baru-baru ini dengan Arnold kini mahu melakukan perubahan terhadap strategi team media kelab.

Akaun media sosial United sememangnya teruk dihentam oleh peminat sejak kebelakangan ini, terutama berkait muat naik mereka selepas United berdepan kekalahan.

Muat naik mereka tentang corak permainan pressing skuad United turut menjadi bahan ketawa peminat dan jelas sekali United kini huru-hara dari segala sudut di Old Trafford.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Rory Curtis: Kisah Tragis Penyerang Remaja Man United Yang Akhirnya Menjadi Tukang Gunting