Sifat Terpuji Sadio Mane Bantu Kitman Angkat Barang Pasukan Senegal

Sadio Mane kini meletakkan namanya sebaris dengan pemain bola sepak handalan dunia yang lain sejajar dengan kecemerlangan pasukan kelabnya, Liverpool power this is our year.

Pemain kebangsaan Senegal itu menunjukkan peningkatan demi peningkatan sejak menyertai Liverpool pada 2016 dari Southampton dan menjadi antara terbaik dunia.

Bersama Senegal, Sadio Mane juga telah menjadi nadi dan pemain tonggak dengan membawa Nigeria ke final Piala Negara Afrika sebelum tewas kepada Algeria 1-0.

Sadio Mane sememangnya terkenal dengan sifat terpuji dan merendah diri dan selalu terlibat dengan aktiviti kebajikan dan kemasyrakatan.

Untuk cuti rehat liga ini, Mane menyertai pasukan Senegal untuk kelayakan Piala Negara Afrika dan sekali lagi mempamerkan akhlak yang boleh diteladani.

Sadio Mane telah dirakam membantu kitman mengangkat barang selepas bas membawa pasukan Senegal tiba ditempat latihan dengan mengangkat dua botol air yang besar bersamanya.

Bukan menjadi tanggungjawab Mane untuk membantu dan tiada tekanan untuk beliau membantu seperti mana rakan sepasukannya yang terus masuk ke pusat latihan tetapi Mane nampak gembira melakukannya tanpa berfikir panjang.

Benda ni kecil sebenarnya tetapi apa yang dilakukan oleh Mane adalah benda yang dipanggil ‘small kindness’ yang tanpa sedar mampu menggembirakan segelintir individu dan menjadi tauladan buat individu lain melakukan perkara yang sama.

Kisah lalu yang boleh ditauladani dimana Mane mencuci tandas selepas perlawanan.

Mane Dilihat Mencuci Tandas Masjid Selepas Beberapa Jam Menjaring Gol Bersama Liverpool

Pemain berusia 27 tahun itu membesar di sebuah kampung kecil di Bambali di Selatan Senegal di mana bapanya merupakan seorang imam masjid kampungnya.

Mane juga telah membina sekolah dikampungnya dan tidak lupa asal-usul beliau lalu menabur bakti kepada penduduk kampung selepas berjaya.

Beberapa jam selepas menjaringkan gol dalam perlawanan Liverpool menewaskan Leicester City 2-1 penyerang berbisa Liverpool yang cemerlang di musim baharu ini, Sadio Mane dilihat mencuci tandas masjid di kariahnya.

Ketekunan dan ketulusan Mane yang tampak ceria mencuci tandas masjid Al-Rahma Liverpool tersebut dirakam lalu dimuat naik ke internet dan tersebar dengan pantasnya. Satu tauladan yang bagus dari Mane yang merupakan seorang anak Imam masjid di negara kelahirannya.

Masjid Al-Rahma Liverpool

Mane yang menerima gaji mingguan sebanyak £90,000 seminggu telah menjaringkan gol pertama Liverpool ketika menentang Leicester City nyata tidak kekok untuk melakukan kerja sedemikian secara sukarela.

Dalam video itu Mane dilihat memegang sebaldi air dibantu oleh seorang kanak-kanak yang menyembur air dengan waterjet di kawasan mengambil wudhuk.

Kacak bergaya Mane mengenakan baju raya.

Mane selalu meraikan jaringan gol dengan bersujud tanda kesyukuran dengan menyentuh dahinya ke tanah begitu juga dengan rakan sepasukannya Mohamed Salah.

Pemain berusia 26 tahun itu membesar di sebuah kampung kecil di Bambali di Selatan Senegal di mana bapanya merupakan seorang imam masjid kampungnya.

Baca Juga

Baca Juga