‘Sign Mbappe’ telah menjadi trending dan itulah caranya jika John W Henry mahu peminat Liverpool memaafkan beliau di atas kontroversi membabitkan liga haram, European Super League.
Liverpool, Manchester City, Manchester United, Chelsea, Tottenham Hotspur dan Arsenal telah menarik diri secara berjemaah yang menyebabkan liga haram tergantung sepi.
Sign Mbappe?
Is Kylian Mbappé more likely to walk for free next summer?
Will Mbappe earn the wage he deserves if a club has to pay a fee?
Will walking for free in one year make Mbappe the best paid football player in the world? 🤔 pic.twitter.com/FOhKThxdZU
— JuiceMonkeyVapes (@VapesJuice) April 21, 2021
Segelintir peminat Liverpool kini mengambil kesempatan atas pemohonan maaf pemilik Liverpool dan mahukan Fenway Group Sports (FSG) membeli Kylian Mbappe.
Dalam pengumuman penarikan diri hanya Arsenal menyertakan permohonan maaf kepad peminat sebelum John W Henry membuat video ekslusif memohon keampunan.
I’ll accept your apology @John_W_Henry if you sign Mbappe in the summer and then sell the club.
— Anfield Opinion (@AnfieldOpinion6) April 21, 2021
‘Sign Mbappe’ menjadi trending di Twitter ada yang serius dengan perkara ini dan kebanyakkannya menjadikan ini sebagai satu gurauan.
Ada meletakkan syarat tambahan yang tidak masuk akal yang memungkinkan mereka untuk memaafkan pemilik Liverpool itu seperti:
– Ubati kanser
– Bebaskan Korea Utara
– Perubatan percuma di Amerika Syarikat
– Hapuskan kemiskinan di negara ketiga
– Satukan Timur Tengah
– Beli Mbappe
Things FSG need to do to be forgiven:
cure cancer
Free North Korea
Start free healthcare for USA
Abolish poverty in 3rd world
Unify the Middle East
And Sign MBappe
Then maybe we will forgive them— LIVERPOOL, DOING LIVERPOOL THINGS 🕙 (@wearelfctmm) April 20, 2021
Sign mbappe and all is forgiven. https://t.co/xzz47j6sQ9
— Owain Dobson (@DobsonOwain) April 21, 2021
Sign Mbappe and we’ll forget about the whole thing 👍 https://t.co/jAoCHhnUla
— Wade (@wademalley) April 21, 2021
#FSG sign Mbappe and we will think about forgiving you!
Sincerely yours,@LFC fans #YNWA— Shane Leslie (@ShaneLeslie796) April 21, 2021
Tak dapat Mbappe tak pe asal dapat Haaland.
Nothing but a C U Next Tuesday.. Give Klopp couple hundred mil this summer or sign Mbappe or Haaland and we might feel better… https://t.co/AqMMIkUgWk
— The Near Post Podcast (@thenearpostpod) April 21, 2021
Ada yang mengambil serius dengan perkara ini dan menganggap ini satu sikap hipokrit selepas meratap serta tantrum selama 48 jam mengenai duit dan ketamakan, kini mintak beli Mbappe.
The hypocrisy in football. We’ve spent the last 48 hours moaning about money and greed and now ‘Sign Mbappe’ is top trending. pic.twitter.com/miJbV5CR1V
— Jack Gill (@jacklfcgill) April 21, 2021
John W Henry Minta Maaf
Pemilik Liverpool dan ketua Fenway Sports Group (FSG) John W Henry telah membuat satu video permohonan maaf kepada semua yang terlibat atas apa yang terjadi dalam tempoh dua hari ini.
John W Henry merupakan orang kaya yang tamak kerana telah menyokong malah menjadi Founding club untuk liga haram super league.
Beliau akhirnya sedar projek pemisahan liga ini tidak akan berjaya tanpa sokongan peminat dan permohonan maaf ini sekadar mengcukupkan syarat je.
John W Henry's message to Liverpool supporters. pic.twitter.com/pHW3RbOcKu
— Liverpool FC (@LFC) April 21, 2021
Lebih kurang gini kot maksud dia, ni semua salah dia bukan salah sape-sape. Tapi dia pemilik kelab lantak la nak buat apa pun.
“Aku nak minta maaf kepada semua peminat dan penyokong kelab bola sepak Liverpool kerana gangguan yang terjadi disebabkan aku sejak 48 jam yang lalu.”
–
“Tidak perlu dikatakan tetapi harus dikatakan juga bahawa projek yang dicadangkan ini tidak akan pernah bertahan tanpa sokongan peminat. Tidak ada pemikiran yang berbeza di England. Selama 48 jam ini anda sangat jelas bahawa ia tidak akan bertahan. Kami mendengar anda. Saya dengar awak.
–
“Dan saya ingin meminta maaf kepada Jürgen, kepada Billy, kepada para pemain dan kepada semua orang yang bekerja keras di LFC untuk membuat peminat kami bangga. Mereka sama sekali tidak bertanggungjawab atas gangguan ini.
–
Mereka adalah yang paling terganggu dan tidak adil. Inilah yang paling menyakitkan. Mereka menyukai kelab anda dan berusaha untuk membuat anda bangga setiap hari.
–
“Saya tahu seluruh pasukan LFC mempunyai kepakaran, kepemimpinan dan semangat yang diperlukan untuk membina semula kepercayaan dan membantu kami maju. Lebih dari satu dekad yang lalu ketika kami mendaftar untuk menghadapi cabaran yang berkaitan dengan bola sepak, kami mengimpikan apa yang anda impikan.
–
Dan kami telah bekerja keras untuk meningkatkan kelab anda. Kerja kita belum selesai. Dan saya harap anda akan faham bahawa walaupun kita melakukan kesilapan, kita berusaha untuk kepentingan terbaik kelab anda. Dalam usaha ini saya telah mengecewakan anda.
–
“Sekali lagi, saya minta maaf, dan saya sendiri bertanggung jawab atas perkara negatif yang tidak perlu dibawa sejak beberapa hari lalu. Ia sesuatu yang tidak akan saya lupakan. Dan ini menunjukkan kehebatan yang dimiliki oleh peminat hari ini dan akan terus ada.
–
“Jika ada satu perkara yang ditunjukkan oleh wabak ini, betapa pentingnya peminat terhadap sukan kita dan setiap sukan. Itu ditunjukkan di setiap stadium yang kosong. Ini adalah tahun yang sangat sukar bagi kita semua; hampir tidak ada yang tidak terjejas.
–
“Adalah penting agar keluarga bola sepak Liverpool tetap utuh, vital dan komited terhadap apa yang telah kita lihat dari anda di seluruh dunia, dengan kebaikan dan sokongan tempatan.
–
Saya berjanji kepada anda bahawa saya akan melakukan apa sahaja yang boleh saya lakukan untuk memajukannya.
–
“Terima kasih kerana mendengar.”