Sikap Terpuji Jordan Henderson Menghargai Suarez Dikagumi Ramai

Luis Suarez gagal untuk menikmati kegembiraan di atas padang ketika kembali ke Anfield untuk bertemu Liverpool.

Pemain kebangsaan Uruguay itu merupakan wira sejati Anfield satu ketika dahulu dengan beliau berjaya menjaringkan 82 gol dari 133 penampilan bersama Liverpool.

Beliau bahkan pernah memimpin kelab yang ketika itu huru hara untuk mencabar kejuaraan liga pada musim 2013/14.

Walau bagaimanapun, tingkah laku beliau ketika beraksi bersama Barcelona ketika aksi peringkat separuh akhir Champions League musim 2017/18, telah memberi luka yang dalam kepada para penyokong Liverpool.

Gaya beliau meraikan gol ketika bertemu Liverpool di Nou Camp seolah-olah merobek hati dan perasaan para penyokong The Reds.

Isu beliau dengan Andy Robertson dianggap biadap oleh kebanyakkan penggemar beliau di bandar Merseyside ini.

Beliau kali ini kembali sekali lagi ke bumi Anfield, namun tidak bersama Barca, dengan Suarez kini merupakan bintang Atletico Madrid.

Beliau telah diboo oleh para penyokong ketika nama beliau disebut dan ketika beliau sedang menyerang dalam aksi kekalahan 2-0 Atletico di tangan Liverpool.

Malam Suarez bertambah duka selepas gol jaringan beliau dalam perlawanan ini, dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana VAR mengesan pemain Atletico berada di kedudukan offside ketika build up gol tersebut.

Ketika beliau dikeluarkan pada minit ke-59, pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh para peminat melihat legenda kelab itu keluar meninggalkan padang.

Sebahagian besar penyokong memberi standing ovation kepada Suarez dan ada segelintir kecil yang memboo beliau sepanjang perjalanannya keluar padang.

Ada juga penyokong yang melakukan kedua-dua rutin pada masa sama dengan memberi tepukan dan boo pada masa yang sama.

Walau penyokong mungkin keliru apa mereka rasa terhadap Suarez, namun tidak untuk ketua pasukan, Jordan Henderson yang masih teguh menyayangi bekas rakan sepasukannya itu.

Dalam satu video yang dirakam oleh Neil Jones dari Goal, ketua pasukan Liverpool itu dilihat memberikan pelukan hangat kepada Suarez selepas tamat perlawanan, dan turut memeluk bintang Uruguay itu berjaya meninggalkan padang.

Selain menunjukkan kemuliaan hatinya memeluk dan meminta para penyokong turut sama memberi tepukan untuk Suarez, Jordan Henderson turut memuji bekas rakan sepasukannya itu selepas tamat perlawanan.

Hendo mengakui yang sikap hebat Suarez turut memberi kesan kepada beliau dan rakan sepasukan lain secara peribadi.

“Dia cipta begitu banyak detik hebat di sini dan saya banyak belajar dari dia ketika dia berada di sini.”

Jelas Henderson.

“Saya rasa ketika Luis berada di sini dia merupakan pemain terhebat untuk tempoh beberapa tahun. Dia sungguh menakjubkan dan saya rasa para penyokong juga tahu dan akan menghargai semua yang sudah dia lakukan untuk kelab.”

“Saya banyak belajar, saya rasa dia juga banyak bantu kami ketika di masih bersama Liverpool. Mentaliti antaranya, bagaimana dia menjalani latihan. Dia selalu mahu menang.”

“Dia bermain dan melepasi beberapa hal seperti kesakitan, penderitaan dan semua hal seperti itu. Dia hanya mahu tampil, bermain bola sepak dan lakukan yang terbaik untuk bantu pasukan.”

“Saya memang banyak belajar dari dia ketika dia di sini. Saya rasa dia sangat membantu saya. Kembangkan keyakinan saya sebagai seorang pemain. Saya ada hubungan baik dengan dia di luar padang, dan dalam padang juga kami baik.”

Sementara itu, Suarez turut percaya yang Henderson sudah semakin berkembang dan menjadi ketua yang hebat.

“Saya rasa Henderson, sebagai ketua pasukan, dia sudah cukup matang.”

Jelas Suarez.

“Ketika karier dia, dia telah banyak membantu kelab untuk berkembang, dengan personaliti dia dan aksi hebat dia beraksi.”

“Dia merupakan model contoh untuk bola sepak Inggeris. Memenangi kejuaraan Premier League bersama Liverpool sudah tentu satu hal yang menakjubkan untuk dia, dan itu yang membuatkan dia lebih hebat berbanding diri dia yang sudah memang hebat.”

Sumber: GMS

BACA:  Jordan Henderson Speechless Melihat Kedunguan Harry Maguire