Silva Dedah Alasan Mengapa Beliau Sedih PSG Tandatangani Sergio Ramos

Thiago Silva telah mendedahkan tentang mengapa keputusan Paris Saint Germain menandatangani Sergio Ramos membuatkan beliau benar-benar rasa kecewa.

PSG berjaya menandatangani Sergio Ramos secara percuma pada jendela perpindahan musim panas ini, selepas bekas ketua pasukan Real Madrid itu meninggalkan Santiago Bernabeu sebagai pemain berstatus free ejen.

Ramos menandatangani perjanjian selama dua tahun bersama Paris Saint Germain dan turut diberikan tawaran gaji yang sangat lumayan.

Walau bagaimanapun, tempoh dua tahun yang ditawarkan oleh PSG kepada Ramos telah mengundang rasa kecewa bintang Chelsea, Thiago Silva.

Ia kerana Silva sebelum ini tidak ditawarkan kontrak yang sama dengan Ramos, dengan usianya pada ketika itu sama dengan usia Ramos sekarang.

Pemain kebangsaan Brazil itu meninggalkan kota Paris untuk ke London dan menandatangani perjanjian selama satu tahun bersama Chelsea, dengan pilihan lanjutan tambahan selama satu tahun.

The Blues telah mengumumkan lanjutan kontrak untuk Thiago Silva pada awal jendela perpindahan musim panas ini dibuka.

Bercakap tentang PSG menandatangani Ramos, Silva mendedahkan kepada ESPN bahawa:

“Saya tak ada masalah dengan Sergio Ramos, tapi Sergio pada ketika beliau ditawarkan dengan kontrak selama dua tahun, dia sebaya dengan saya pada tahun lalu.”

“Jadi hal itu benar-benar membuatkan saya sedih. Saya masih belum bercakap tentang hal itu dengan sesiapa, kerana ia betul-betul buat saya sedih. Saya rasa macam saya tak pernah menyumbang apa-apa untuk kelab.”

“Pemergian saya merupakan satu permulaan baru dalam karier saya, tapi pada masa sama saya kerap berfikir, saya berfikir tentang segalanya yang telah berlaku.”

“Saya rasa sesuatu yang lain sepatutnya perlu dilakukan.”

“Kerana ia bukan lapan hari, atau lapan bulan masa yang saya korbankan bersama PSG. Saya bersama mereka selama lapan tahun dengan membantu mereka memenangi bermacam gelaran, banyak kerja yang perlu dilakukan untuk dapat perubahan, dan meletakkan PSG di mana mereka berada sekarang.”

“Saya mahu PSG menang, kerana mereka berhak untuk dapat segala penghormatan.”

“Tapi, dengan cara mereka melakukan tugas dan membuat keputusan, saya ada perasaan yang sedih dan saya rasa saya dilayan dengan sangat berbeza.”

Paris Saint Germain melalui jendela perpindahan musim panas ini dengan sangat luar biasa menakjubkan, dan tidak keterlaluan untuk menganggap mereka melalui jendela perpindahan terbaik dalam sejarah kelab.

Gergasi Ligue 1 itu berjaya menandatangani empat pemain berprofil tinggi secara percuma sahaja dan turut berjaya melengkapkan penandatanganan bintang muda handalan seperti Achraf Hakimi.

Gini Wijnaldum, Sergio Ramos, Gianluigi Donnarumma dan Lionel Messi berjaya ditandatangani secara percuma dengan kesemua empat pemain ini merupakan pemain terhebat dunia di posisi masing-masing.

Tidak mengejutkan andai PSG berjaya menjuarai saingan Champions League pertama mereka pada musim ini, selepas kejayaan membariskan barisan pemain yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Peminat Chelsea Teruja Melihat Aksi Bersemangat Thiago Silva Dibangku penonton