Sinetron De Jong Berterusan, Barcelona Cadang Untuk Loan Pula

Sinetron membabitkan Frenkie De Jong dan Barcelona berterusan memasuki episode baru apabila kelab Catalan itu kini bercadang untuk meminjamkan pemain Belanda itu ke kelab yang menaruh minat menjelang musim baru tiba.

Barcelona yang tenat kewanganya telah membuat pembelian berprofil tinggi apabila mengikat Robert Lewandowski dari Bayern Munich dan pemain rebutan dari Leeds United, Raphinha.

Maka tiada dengan beban kewangan bertambah, Barcelona terpaksa melepaskan pemain yang ada dan Frenkie De Jong yang dibayar gaji lumayan terpaksa dipinjamkan untuk lepas dari had gaji siling di La Liga.

Barcelona boleh membeli pemain sesuka hati mereka tetapi mereka akan menghadapi masalah untuk mendaftarkan pemain kerana peraturan kewangan La Liga itu.

Menurut laporan dari akhbar Sepanyol, SPORTS, itulah solusi terbaharu yang berjaya difikirkan Barcelona untuk menyelesaikan ‘masalah De Jong’.

Awal bulan ini telah dilaporkan bahawa Barcelona dan Manchester United telah mencapai persetujuan mengenai perjanjian untuk membawa De Jong ke Old Trafford.

Barcelona akan menerima bayaran permulaan £63 juta, ditambah lagi £8.4 juta tambahan berkaitan prestasi.

Bagaimanapun, di sebalik kesepakatan perjanjian antara kedua-dua kelab, pemain itu enggan meninggalkan Sepanyol untuk ke Manchester.

Pasukan La Liga itu memang menawarkan De Jong jaminan masa depan di Camp Nou, tetapi ada syarat yang amat kejam untuk perkara itu berlaku.

Pemain tengah itu diminta untuk menerima potongan gaji sebanyak 40% dan cadangan ini sudah pasti ditolak mentah-mentah oleh De Jong.

Barcelona masih belum membayar gaji tertunggak bernilai €17 juta kepada pemain antarabangsa Belanda itu dan mahukan pemain menerima pemotongan gaji.

Dilaporkan antara punca De Jong tidak mahu ke Old Trafford kerana Barcelona mahu De Jong melupakan hutang €17 juta itu jika dia bersetuju untuk pergi.

Adalah dipercayai bahawa pengurus baru United, Erik ten Hag terdesak untuk mendapatkan De Jong.

Bekas jurulatih Ajax itu melihat De Jong sebagai bahagian penting dalam rancangannya di Old Trafford.

Menurut beberapa laporan, Ten Hag telah bercakap dengan De Jong melalui telefon untuk menjelaskan peranannya di United, menyatakan bahawa pemain tengah itu akan menjadi ‘konduktor orkestra’.

Selain United, kelab-kelab seperti Chelsea dan Bayern Munich juga dikatakan sentiasa memantau keadaan dan mampu menawarkan aksi Champions League yang tidak ada pada Setan Merah.

Walaubagaimanapun, Chelsea dan Bayern tidak mungkin dapat membuat tawaran menyamai tawaran United, oleh itu kelab Catalan itu sedang mempertimbangkan pilihan pinjaman.

Menurut laporan oleh SPORT, Barcelona akan memasukkan syarat pertukaran yang berstatus pemain pinjaman kepada kekal dengan bayaran sekitar €80 juta pada tahun depan.

De Jong kini bersama skuad Barcelona untuk jelajah pramusim mereka di Amerika Syarikat, mereka akan beraksi dalam perlawanan seterusnya hujung minggu ini menentang pasukan MLS, New York Red Bulls.

Dalam dua perlawanan pra musim di Amerika Syarikat, De Jong diturunkan sebagai bek tengah. Ramai yang menganggap ini sebagai satu isyarat (mesej) bahawa pemain itu tidak diperlukan di Barcelona.

Xavi membidas kenyataan tersebut kerana Xavi hanya menurunkan De Jong sesuai dengan taktikalnya. Dan tiada kaitan dengan isyarat mahu dia berambus ke kelab lain.

Xavi menyatakan bahawa dia sangat menghargai kualiti De Jong. Dan menjadi pemain penting dalam pasukan Barcelona.

Tetapi pengurus itu mengingatkan bahawa situasi kewangan Barca dan Financial Fair Play adalah antara perkara yang mungkin memaksa mereka terpaksa menjual De Jong.

Xavi berkata:

“Saya bukannya berada di sini untuk menghantar mesej. Saya sudah bercakap dengan Frenkie, dan saya sangat menghargai kualitinya. Dia adalah pemain penting.”

“Namun ada situasi dari segi ekonomi, dan ada Financial Fair Play.”

Xavi kemudian menegaskan bahawa Frenkie De Jong akan sangat berguna memberikan sumbangannya di bahagian bek tengah.

“Dia boleh memberikan banyak kepada kami di bahagian bek tengah.”

Disebalik masalah kewangan sinetron dan saga perpindahan Frenkie De Jong, Barcelona menjalani jelajah pra musim mereka dengan agak baik dan cemerlang.

Setakat ini Barcelona berjaya menewaskan Inter Milan 6-0, musuh berzaman, Real Madrid 1-0 dan seri menentang Juventus.

Baca Juga

Baca Juga