Sir Alex Ferguson Bakal Kembali Menjadi Pengurus Manchester United !

Sir Alex Ferguson bakal kembali berada di bangku simpanan Old Trafford apabila beliau bersetuju untuk menjadi pengurus Manchester United dalam perlawanan amal anjuran ‘Manchester United Foundation’.

Perlawanan yang dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Mei nanti bakal menemukan Red Devils dengan Bayern Munich.

Selepas hampir 6 tahun meninggalkan United, Ferguson bakal kembali duduk di kerusi Vodafone Old Trafford

Pertembungan yang diberi nama ‘Treble Reunion’ ini diadakan bersempena genap 20 tahun United menewaskan Bayern Munich dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 1998/1999 sekaligus melengkapkan treble pada musim tersebut.

Pengurus United ketika ini, Ole Gunnar Solskjaer menempa namanya dalam sejarah Red Devils apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menjadikan keputusan penuh 2-1 berpihak kepada United.

Malam penuh bersejarah di Nou Camp itu bakal dihidupkan kembali apabila kedua-dua pasukan bersetuju untuk bersua sekali lagi di Old Trafford untuk tujuan amal. Tambah manis Sir Alex Ferguson bersetuju untuk membuat penampilan sebagai pengurus United pada perlawanan tersebut.

Jasa Solskjaer sangat besar ketika menewaskan Bayern Munich 20 tahun lepas di Nou Camp

“Saya sudah tidak sabar menunggu hari yang penuh istimewa di Old Trafford nanti.” Ujar Ferguson kepada laman web rasmi United.

“Saya juga gembira untuk bersua kembali dengan beberapa muka yang ‘familiar’ dan ia juga peluang terbaik untuk saya menyokong usaha yang dilakukan Manchester United Foundation.”

Pengarah Urusan dan pengerusi Manchester United Foundation, Richard Arnold pula berkata perlawanan itu nanti akan disertai ramai lagenda bola sepak yang pernah mewarnai arena bola sepak sebelum ini.

“‘Treble 99’ merupakan salah satu detik paling penting dan bersejarah sepanjang sejarah Manchester United, dan pasukan itu nanti akan dibarisi beberapa lagenda bola sepak.”

13 trofi Liga Perdana Inggeris… Liverpool ada ?

“Final menentang Bayern Munich merupakan malam yang diingati dalam memori setiap peminat United. Untuk melihat begitu banyak nama besar pulang ke Old Trafford untuk menyambut ulang tahun pencapaian tersebut merupakan bukti kerja keras yang dilakukan Manchester United Foundation kepada komuniti selama ini.”

Untuk rekod, Ferguson menguruskan Setan Merah bermula dari 1986 sehingga 2013 dimana beliau berjaya memenangi 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 5 Piala FA dan 2 trofi Liga Juara-Juara Eropah.

BACA:  Tenang Demba Ba Jaringkan Gol Selepas Pertahanan Manchester United Lenyap