Sir Jim Ratcliffe Dakwa Casemiro Antara Pembelian Yang Buat Polisi Perpindahan Man Utd Haru Biru

Bakal pemilik baharu Manchester United Sir Jim Ratcligge mendakwa pembelian pemain seperti Casemiro adalah bukti mengapa polisi perpindahan di kelab itu perlu diubah.

Ratcliffe dilaporkan bakal mendapatkan 25% pemilikan saham United selepas selesai undian oleh Lembaga Pengarah kelab itu pada Khamis ini, dan mempersoalkan polisi pembelian pemain itu ketika lawatannya pada Mac lalu.

Menurut laporan The Guardian, pengasas syarikat petrokimia INEOS itu menyifatkan United selama ini sangat berjaya daripada segu operasi komersial, namun pelaburan dan bagaimana wang tersebut dibelanjakan untuk menguatkan skuad utama masih boleh diperbaiki.

Ratcliffe dikatakan menyampaikan pendapatnya itu ketika diberikan peluang untuk melakukan pembetangan kepada pihak pengurusan tertinggi United di Pusat Latihan Carrington pada 17 Mac lalu.

Anak watan Manchester dan penyokong kuat Red Devils itu turut berkata pemain-pemain yang dibawa masuk oleh United sejak beberapa musim lalu turut boleh dipersoalkan kerana dianggap tidak sesuai dengan keperluan pasukan.

Antara pemain yang dimaksudkan oleh Ratcliffe adalah Casemiro yang didatangkan dari Real Madrid dengan nilai £52 juta dari Real Madrid pada Ogos tahyn lalu.

Casemiro diikat oleh United pada usia 30 tahun dengan kontrak empat tahun dan menerima £350,000 seminggu yang dianggap sangat tidak munasabah.

Mesej yang cuba disampaikan oleh Ratcliffe mungkin mempunyai asas mengambil kira Casemiro sudah melalui tempoh terbaik dalam kariernya ketika masih bersama Real Madrid.

Namun portfolio Ratcliffe sendiri ketika bergelar pemilik Nice turut boleh dipersoalkan. Bersama kelab Perancis itu Ratcliffe meluluskan pembelian pemain seperti Aaron Ramsey, Kasper Schmeichel dan Ross Barkley, selain 7 pemain lain pada musim panas yang sama Casemiro menyertai United.

Schmeichel berusia 35 tahun pada ketika itu menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan kontrak bernilai £1 juta daripada Leicester.

Manakala Ramsey berusia 31 tahun, dan Barkley berusia 28 tahun yang dibawa masuk secara percuma dan diberi kontrak setahun.

Semua ketiga-tiga pemain akhirnya meninggalkan Nice pada musim panas yang lalu dan gagal menampilkan prestasi seperti yang diharapkan.

BACA:  Manchester United Gagal Raih 3 Mata vs Pasukan Tercorot