Sir Kenny Dalglish Disahkan Positive Covid-19

Berita duka untuk peminat bola sepak seluruh dunia, seorang lagi legenda sukan nombor satu dunia ini telah disahkan positif Covid-19.

Legenda pasukan Liverpool, Sir Kenny Dalglish disahkan positif Covid-19 dan kini beliau sedang menerima rawatan di hospital.

Sir Kenny Dalglish awal minggu ini mengalami tanda-tanda gejala Covid-19, selepas membuat saringan di hospital, beliau telah disahkan positif.

Sepanjang berada di hospital dan disahkan positif, keadaan terkini legenda berusia 69 tahun itu sudah tidak mempunyai gejala Covid-19.

Walau sudah tidak mempunyai tanda tetapi beliau masih dirawat kerana ujian mendapati beliau positif.

Keluarga Sir Kenny Dalglish telah mengeluarkan kenyataan petang semalam untuk mengesahkan berita berkaitan legenda Liverpool itu.

“Sir Kenny dimasukkan ke hospital pada hari Rabu 8 April untuk rawatan jangkitan yang memerlukan antibiotik intravena,”

“Selaras dengan prosedur semasa, beliau kemudiannya diuji untuk COVID-19 walaupun sebelum ini tidak menunjukkan tanda-tanda sakit. Tidak disangka-sangka, hasil ujiannya positif tetapi dia tetap tiada gejala.”

“Sebelum kemasukan ke hospital, Sir Kenny telah memilih untuk mengasingkan diri secara sukarela lebih lama daripada tempoh yang disarankan bersama keluarganya. Dia akan mendesak semua orang untuk mengikuti panduan kerajaan dan pakar yang berkaitan pada hari-hari dan minggu-minggu seterusnya.”

“Beliau ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kakitangan NHS yang hebat, yang berdedikasi, berani dan pengorbanan mereka harus dikenang oleh semua masyarakat seluruh negara.”

“Dia juga menghargai pengorbanan para petugas yang sanggup berkorban masa untuk melakukan kerja yang begitu mencabar ini. Pengorbanan masa bersama keluarga mereka wajib di hormati dan dihargai.”

“Dia tidak sabar untuk kembali pulang ke rumah tidak lama lagi. Kami akan beritahu apa-apa perkembangan selanjutnya kemudian.”

Sebelum ini, seorang lagi legenda bola sepak dunia, Rustu Recber juga disahkan positif Covid-19 dan berada dalam keadaan kritikal.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital untuk menerima rawatan dan menurut laporan beliau disahkan positif dan berada dalam keadaan agak kritikal.

Isteri kepada Rustu, Isil sebelum ini pernah memuat naik status di Instagram mengatakan:

“Kami baru sahaja membawa suami saya ke hospital selepas dia didiagnos positif Covid-19.”

“Pada awalnya, semua kelihatan seperti biasa, sehinggalah kami sekeluarga dikejutkan dengan suami saya secara tiba-tiba menunjukkan simpton wabak itu.”

“Beliau dalam keadaan kritikal dan kami sedang melalui masa yang sukar. Saya berharap anda semua untuk mendoakan dan menghormati keadaan kami ketika ini.”

“Saya telah menjalani saringan dan disahkan negatif, begitu juga dengan anak lelaki dan anak perempuan kami. Rustu berada di hospital dan kami dilarang untuk melawatnya.”

“Ia adalah detik yang menyedihkan apabila tak dapat bersama dengan beliau diwaktu sukar begini. Tuhan itu maha agung kami sekeluarga sangat yakin dengan doctor di Turki ini.”

Menurut laporan terkini, Rustu Recber dilaporkan sudah berjaya melawan jangkitan virus Covid-19 dan sudah keluar dari hospital.

Semoga Sir Kenny Dalglish kembali pulih dan sihat secepat mungkin. Dan dunia kembali aman tanpa gangguan virus Covid-19.

Baca Juga

Baca Juga