Skill Genius Fred Membuatkan De Bruyne Terpaku dan Dunia Kembali Sayangi Fred

Pemain tengah Manchester United telah mempamerkan satu skill yang sangat genius dan tidak masuk akal sehingga membuat Kevin De Bruyne terpaku dan menyebabkan dunia kembali menyayangi Fred.

Fred telah melakukan satu skill yang dipanggil roulette yang sinonim dengan legenda bola sepak dunia, Zinedine Zidane yang kini sudah menjadi pengurus di Sepanyol bersama Real Madrid.

Kejadian ini terjadi dalam perlawanan Manchester Derby yang berlangsung penuh harmoni berlandaskan semangat kejiranan matang dan sejahtera.

Selepas Fred menerima bola di tengah padang, Kevin De Bruyne segera menghimpit untuk memberi tekanan dan menutup ruang.

Sepeti dirasuk Zidane, Fred melakukan roulette untuk melepasi Kevin De Bruyne yang terpaku seketika sambil mengangkat kedua belah tangan keudara.

Kemudian datang pula Rodri untuk menghalang namun dipercayai, Rodri pula dinutemg Fred. Tak berapa jelas video.

Dalam perlawanan ini, dua pemain tengah berkelas dunia menjadi tumpuan iaitu pertembungan Bruno Fernandes dan Kevin De Bruyne untuk membuktikan siapa lebih kreatif.

Namun Fred menunjukkan beliau bukan kaleng-kaleng walaupun kadang kala beraksi dan melakukan perkara bukan-bukan.

Manchester United membawa masuk Fred ke Old Trafford pada musim panas 2018 oleh Jose Mourinho yang merupakan pengurus Setan Merah pada ketika itu untuk menguatkan bahagian tengah.

Dengan harga €50 juta (£43.7juta) dibayar kepada Shakhtar Dontesk, Fred tidaklah gagal dan tidaklah berjaya, boleh dikatakan berada tahap sederhana dalam skala 5-6.

Fred atau nama penuhnya Frederico Rodrigues de Paula Santos pernah mengajar dunia bagaimana mahu menyebut namanya dengan tepat dan betul.

Sebutan nama yang dilontarkan dalam video ini berbunyi begini jika ditulis “Frej” atau lebih kurang “Fredge”.

BACA:  Peminat Teruja Melihat Skill Luar Biasa Dasyat Fred Berdepan Stefan Savic