Skill Menggiurkan Dari Neymar vs Reims

Pemain sensasi dunia ketika ini, Neymar telah menghasilkan detik yang menarik lagi indah dengan skill serta kemahirannya di kala bola berada di kaki beliau ketika PSG menentang Reims.

Paris Saint-Germain tidak memulakan Ligue 1 bagi musim 2020/21 dengan baik apabila berada ditangga ketujuh selepas lima perlawanan dengan 9 mata dengan catatan tiga menang dan dua kalah.

Dengan aksi PSG ketika ini menjadikan Ligue 1 sedikit menarik dan tidaklah menjadi terlalu liga petani yang sentiasa di dominasi PSG.

Disebalik prestasi tidak konsisten PSG yang kalah pada dua perlawanan awal kepada Lens dan Marseille dengan penuh drama, Neymar tidak berdepan masalah untuk terus menghiburkan.

Stade Auguste-Delaune II menjadi saksi kepada skill yang ditampilkan oleh Neymar dan menjadi bualan dunia bola sepak lalu viral di media sosial.

Selepas Neymar menerima bola, pemain tengah Reims, Valon Berisha terus datang untuk menutup ruang dan cuba merampas bola.

Belum sempat Valon Berisha datang terus Neymar menyajikan kepantasan kakinya yang seperti mempunyai otak melarikan bola dengan satu skill padu. Pure class bak kata Mat Salleh.

Valon Berisha pemain antarabangsa Kosovo nyata terkesima dan mati langkah dengan skill Neymar itu yang berakhir dengan aksi kekasaran pemain Reims.

Dalam perlawanan ini Paris Saint-Germain berjaya menewaskan Reims dengan jaringan dua gol tanpa balas untuk mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas sendu dalam dua perlawanan awal.

Mauro Icardi menjaringkan kedua-dua gol tersebut pada setiap separuh masa dan kedua-dua gol itu tercetus dengan bantuan gol bocah ajaib dunia bola sepak, Kylian Mbappe.

Walaupun tidak menjaringkan gol, Neymar tidak ada masalah untuk mencuri perhatian dalam perlawanan ini dan mendapat lampu limpah dengan aksinya.

Detik ini pula ketika Neymar hampir menjaringkan gol namun sedikit tersasar selepas mempamerkan lenggokan yang melalaikan melepasi pertahanan Reims.

Dari tepi padang Neymar masuk melepasi dua pemain Reims dan pemain ketiga datang juga namun lepas jua Neymar tapi sayang percubaan sedikit tersasar.

Saksikanlah rangkuman aksi menarik Neymar ketika menentang Reims.

BACA:ย  Hanya Seorang Pemain PSG Tidak Sertai Pemain Lain Mengajuk Haaland