SKMM: Pelanggan Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile Diberi Data Percuma 1GB Sehari

Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang berjumlah RM250 bilion bagi membantu rakyat yang terkesan dengan impak COVID-19.

Dalam pakej ransangan ekonomi ini ada disebut bahawa internet percuma akan diberikan kepada semua pelanggan perkhidmatan telekomunikasi bermula 1 April 2002 selama mana tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui laman sesawang rasmi, telah mengeluarkan satu kenyataan media rasmi menjelaskan lebih lanjut penawaran internet percuma ini.

“Industri telekomunikasi dan multimedia adalah antara sektor yang telah mendapat perhatian khusus dalam pakej tersebut. Beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi, termasuk usaha-usaha menambah baik rangkaian telekomunikasi, yang secara kolektifnya bernilai RM1 bilion.”

“Antara pakej khas yang akan ditawarkan ialah internet percuma dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) tamat. Ia termasuk inisiatif-inisiatif seperti berikut:”

“1. Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari, untuk digunakan antara jam 8 pagi dan 6 petang, bermula 1 April 2020, dan akan berkuat kuasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.”

“2. Panggilan percuma ke talian hotline National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.”

Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 dan sepanjang tempoh ini bermula 1 April 2020.

Maka semua pengguna Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile samada Pascabayar atau Prabayar akan menikmati internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Tak cukup? Belajar bersyukurlah setan.

Menurut SKMM lagi syarikat-syarikat telekomunikasi juga turut memberi komitmen untuk melabur RM400 juta sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.

Pelaburan ini juga akan meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian untuk tapak kritikal seperti hospital, agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan dan pusat-pusat media.

Baca Juga

Baca Juga