Pengurus skuad England, Gareth Southgate telah mendedahkan bahawa skuad kendaliannya baru saja kembali daripada satu pengembaraan rahsia ke Royal Marines Commando Training Centre. Kini semuanya bukan lagi rahsia.
Latihan di Royal Marines Commando Training Centre sebagai persediaan Skuad Tiga Singa bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Scotland dan perlawanan persahabatan menentang Perancis.
Pada pagi jumaat, para pemain mendaftarkan diri di St. George Park lebih awal daripada biasa. Kemudian para pemain mula menyedari bahawa latihan bakal mereka harungi bukanlah latihan seperti biasa mereka lakukan.
Southgate telah mengumpul para pemain dan staf sokongannya dalam bilik persalinan di National Football Centre dan anggota Royal Marines memaklumkan kepada mereka bahawa mereka akan ditempatkan di Devon dalam masa 48 jam.
Selepas tiba di pusat latihan yang terletak antara Exeter dan Exmouth, para pemain dan staff termasuklah Southgate diarahkan untuk menukar pakaian mereka kepada pakaian seragam latihan tentera.
Pada keesokkan harinya skuad Enland mula menjalani latihan dan aktiviti yang dikendalikan oleh anggota Royal Marines temasuklah kena selam dalam air dan berkhemah.
Objektif latihan ketenteraan ini adalah untuk meningkatkan jatidiri pemain supaya mampu pergi lebih jauh dari apa mereka fikirkan dan memahami semangat berpasukan dengan memastikan rakan sepasukan tidak mudah mengaku kalah.
Gary Cahill, Eric Dier, Chris Smalling, Jesse Lingard, Phil Jones dan Marcus Rashford tidak menyertai latihan ini kerana mereka dibenarkan untuk melaporkan diri lebih lewat dari pemain lain.
Sumber Gambar : Barry Wheeler/Royal Navy/The FA