Skuad Hoki Malaysia Mara Ke Separuh Akhir Trofi Juara-Juara Asia 2016

Skuad Hoki Malaysia mara ke separuh akhir Trofi Juara-Juara Asia 2016 setelah menumpaskan Jepun 7-2 dengan meneruskan rentak yang cemerlang selepas menang di perlawanan pembukaan menewaskan Pakistan 4-2 dan kemudian membenam China 5-1.

Walaupun berbaki 2 perlawanan peringkat kumpulan Malaysia sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir. Ikuti berita penuh yang di petik dari sumber Utusan Online di bawah.

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Skuad hoki negara muncul pasukan pertama menempah slot ke separuh akhir Trofi Juara-Juara Asia 2016 biarpun saingan round-robin masih berbaki dua perlawanan selepas mem­belasah Jepun 7-2 di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan, hari ini.

Keputusan tersebut juga membolehkan Malaysia terus kekal sebagai pendahulu dengan ke­lebihan dua mata ke atas India selepas tiga perlawanan sekali gus mencerahkan peluang ke saingan searuh akhir.

Pada perlawanan tersebut skuad kebangsaan beraksi dengan baik dan berjaya meraih enam gol padang menerusi Aiman Nik Rosemi pada minit ke-23, Rashid Baharom (m27), Nabil Fikri (m33), Faizal Saari (m37), Firhan Ashari (m44), Fitri Saari (m58) dan satu penalti shoot-out daripada Faizal di minit ke-59.

Sementara dua gol Jepun hadir menerusi Kenji Kitazato di minit ke-59 hasil pukulan sudut penalti dan jaringan padang Kenta Tanaka pada minit ke-60.

Ini juga adalah jaringan terbesar skuad negara sepanjang kempen di Kuantan selepas menewaskan Pakistan 4-2 dan China 5-1 minggu lepas.

Perlawanan lain yang berlangsung hari ini turut menyaksikan India terpaksa bekerja keras menewaskan penyandang juara Pakistan dengan keputusan 3-2.

Selepas ini Malaysia bakal berhadapan tugas berat menentang gergasi Asia, India pada Rabu sebelum menamatkan aksi pusingan round-robin menentang Korea Selatan sehari selepas itu.

Mengikut format perlawanan empat pasukan teratas akan ber­aksi pada separuh akhir sebelum penentuan juara berlangsung pada 30 Oktober ini.

Baca Juga

Baca Juga