Skuad Projek Sukan SEA 2017 bermasalah

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah beri jaminan satu bentuk penyelesaian akan dibuat dalam bulan ini berhubung isu pemain Skuad Projek Sukan SEA 2017.

Ini berikutan laporan bekas pemain Harimau Muda Adam Nor Azlin yang menyuarakan kekeliruan terhadap kedudukannya selepas dilepaskan FAM hujung tahun lalu.

Skuad Projek Sukan SEA 2017 yang akan bersaing dalam Liga FAM pada musim 2016 ketika dia dan rakan-rakan lain sudah menandatangani kontrak bersama pasukan baru masing-masing.

Afandi ketika dihubungi bagi menjelaskan situasi itu bagaimanapun sekadar memaklumkan jawatankuasa khas FAM akan kembali bermesyuarat untuk mencari jalan penyelesaian berhubung isu berbangkit.

Difahamkan, pemain yang dipilih untuk mewakili skuad itu bakal dikekalkan dalam satu pasukan dengan menyertai mana-mana kejohanan.

Namun, jurulatih skuad itu Frank Bernhardt bakal berdepan kesukaran untuk berbuat demikian kerana rata-rata pemain sudah terikat dengan pasukan negeri masing-masing.

frank bernandr
Mampukah Frank melayan karenah orang FAM?

Lantas, badan induk itu perlu mengadakan perbincangan semula dengan pasukan negeri agar skuad mantap dapat dibentuk menjelang temasya Sukan SEA 2017 di Malaysia.

Sumber : Stadium Astro

Baca Juga

Baca Juga