Akhirnya pengurus West Ham United Slaven Bilic secara rasminya telah dipecat oleh majikannya, West Ham united dan perkara ini telah disahkan melalui satu pengumuman yang dibuat melalui laman sesawang The Hammer.
“West Ham united telah mengesahkan bahawa Slaven Bilic telah meninggalkan posisinya sebagai pengurus kelab pada hari ini.”
Seperti biasa, sesuatu pemecatan akan disusuli dengan ucapan terima kasih dari pengerusi dan lembaga pengarah. West Ham United mengucapkan terimah kasih kepada jasa bakti Bilic selama 2 tahun setengah bersama kelab.
West Ham United percaya perubahan perlu dilakukan untuk membawa kelab kehadapan dengan lebih positif sejajar dengan cita-cita kelab.
The Hammer juga mengesahkan bahawa pembantu jurulatih Nikola Jurcevic, Edin Terzic, Julian Dicks dan Miljenko Rak yang merupakan kroni Bilic turut dipecat dengan kadar segera.
Maka pencarian segera dilakukan untuk menggantikan Bilic dan pengurus yang pasti menjadi sebutan adalah David Moyes.
Bilic set to leave @WestHamUtd today, David Moyes set to take over until end of the season. Hammers fans join me on @talkSPORT 08717223344
— Jim White (@JimWhite) November 6, 2017
Sky sources: Slaven Bilic future at West Ham to be decided in next 48 hours and talks underway with David Moyes as possible replacement #SSN pic.twitter.com/tUPWgrxO7m
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 5, 2017