Slaven Bilic Menjadi Pengurus Premier League Pertama Dipecat Musim Ini

Pengurus West Bromwich Albion, Slaven Bilic menjadi pengurus pertama yang dipecat dari tugasan di Premier League bagi musim ini selepas 13 perlawanan berlangsung.

Perkara ini telah diumumkan secara rasmi oleh West Bromwich Albion melalui laman sesawang mereka:

“West Bromwich Albion hari ini telah berpisah dengan Ketua Jurulatih Slaven Bilić.”

“Penolong Jurulatih, Dean Računica dan Danilo Butorović, dan Jurulatih Pasukan utama Julian Dicks juga telah meninggalkan kelab dengan kadar segera.”

Pemecatan Slaven Bilic ini ekoran keputusan yang tidak memberangsangkan di saingan Premier League.

“The Baggies kini berada di kedudukan ke-19 dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan tujuh mata dari 13 perlawanan.”

Seperti biasa dalam setiap pemecatan akan disusuli dengan ucapan terima kasih.

“Albion ingin mengucapkan terima kasih kepada Slaven dan staf kejurulatihannya atas usaha mereka dalam mencapai promotion musim lalu dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa akan datang.”

“Kelab tidak akan memberikan komen lebih lanjut buat masa ini.”

Slaven Bilic telah berjaya membawa West Bromwich Albion kembali ke Premier League musim ini dari Liga Kejuaraan, namun keputusan selepas 13 perlawanan meletakkan West Brom di tangga ke-19.

Keputusan seri menentang Manchester City tidak cukup untuk Slaven Bilic menyelamatkan situasi yang mencatatkan satu kemenangan, empat seri dan lapan kalah dengan pungutan tujuh mata.

Bilic telah diberikan dana yang agak kecil dengan nilai permulaan £20 juta untuk bersaing di Premier League dan bergelut di zon penyingkiran la jawapan dia.

Nama Sam Allardyce disebut-sebut sebagai calon pengganti yang termantul dan dipercayai mampu menyelamatkan West Brom menggantikan Slaven Bilic setakat ini.

BACA:  Premier League 2020/21: Wolverhampton Wanderers 1-3 Manchester City