Slot Puas Selepas Liverpool Kalah Di Tangan Kelab Liga Bawahan

Pengurus baharu Liverpool menyatakan dia puas hati selepas melihat Liverpool kalah dalam aksi pra musim pertama di bawah kendaliannya.

Liverpool kalah 0-1 di tangan Preston North End dalam aksi pemanas badan pra musim semalam. Robbie Brady memberikan kemenangan mudah buat Preston ke atas pasukan bimbingan Slot.

Aksi kedua dua pasukan diadakan di Pusat Latihan AXA pada Jumaat. Slot turut menurunkan Mohamed Salah yang dikaitkan dengan perpindahan keluar pada pra musim ini.

Walaupun kalah, Slot menyatakan dia secara keseluruhan gembira melihat apa yang berlaku di atas padang.

Selepas tamat perlawanan, Salah berkata: “Ya sudah tentu, saya ada tengok banyak perkara dalam sesi latihan, mungkin lebih banyak pada hari ini, namun ini juga berkaitan dengan cara permainan pasukan lawan kami.

“Kami menguasai perlawanan sepenuhnya dan hanya membenarkan lawan kami melakukan satu percubaan. Ya kami agak tidak bernasih baik kerana kalah.

“Kami memiliki momen momen yang baik ketika build up dan mencipta peluang peluang yang baik pada separuh masa. Pada aksi separuh masa kedua saya rasa kami tidak mencipta cukup peluang. Ini normal la, sebab ada ramai pemain muda dalam pasukan ini.

“Dan kami meletakkan mereka di posisi bukan posisi utama mereka.”

Liverpool selepas ini akan bertolak ke Amerika Syarikat untuk aksi pra musim. Di mana mereka akan menentang Real Betis, Arsenal dan Manchester United.

Kemudian pada 11 Ogos Liverpool akan bertemu pula dengan Sevilla di Anfield.

Slot menyatakan bahawa dia berharap pemain pemainnya dapat melaksanakan kehendak taktikalnya selepas mereka berlatih dalam beberapa siri permainan. Dan dia gembira kerana akhirnya dapat melihat pasukannya bermain pertama kali di bawah kendaliannya.

“Paling penting adalah semua orang cergas sebelum perlawanan, dan kekal cergas ketika perlawanan.

“Dua minggu yang sangat baik setakat ini, malangnya kami gagal mendapatkan kemenangan yang kami mahukan. Tetapi paling penting pemain pemain saya kekal cergas, ramai yang mendapat minit. Dan ramai pemain muda yang mendapat sedikit minit, jadi ini benda yang bagus.

“Dalam setiap sesi setiap perlawanan, kamu memberikan idea baharu tentang apa yang kamu sedang usahakan. Namun kami harus faham bahawa masih ramai lagi pemain utama kami yang tidak berada dalam pasukan ini lagi untuk berlatih bersama.”

Baca Juga

Baca Juga