Sneijder Dedah Beliau Mampu Sehebat Messi Dan Ronaldo Cuma Tak Nak

Wesley Sneijder telah mendakwa yang beliau sepatutnya boleh jadi sehebat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, namun beliau sendiri yang tidak mahu, serta lebih memilih untuk menikmati wine.

Pada tahun 2010 yang lalu, Sneijder telah membuat dakwaan yang beliau merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Beliau ketika itu merupakan nadi penting yang membantu skuad Inter Milan di bawah kendalian Jose Mourinho untuk memenangi gelaran treble.

Beliau juga berjaya menjaringkan lima gol penting untuk skuad kebangsaan Belanda, dalam saingan Piala Dunia pada musim panas tahun tersebut.

Pemain midfield itu terlepas peluang untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun tersebut, dengan beliau hanya berada di kedudukan keempat sahaja di belakang trio Barca, Messi, Andres Iniesta dan Xavi.

Namun begitu, Sneijder tetap percaya yang beliau sehebat bintang Argentina itu, dan juga seterunya Ronaldo jika beliau mahu.

Namun beliau lebih memilih untuk menikmati hidupnya sendiri berbanding konsisten menjadi pemain terhebat di muka bumi ini.

“Saya boleh menjadi seperti Messi atau Ronaldo. Saya jelas sekali tidak mahu jadi begitu.”

Jelasnya kepada Gianluca di Marzio.

“Saya menikmati hidup saya, mungkin saya mahu minum segelas wine ketika makan malam. Leo dan Cristiano berbeza, mereka sudah melakukan banyak pengorbanan.”

“Dan ia tiada masalah untuk saya, karier saya, walau bagaimanapun, ia masih menakjubkan.”

Hakikatnya, bintang Belanda itu tidak silap tentang bagaimana hebatnya karier beliau. Musim 2009/10 jelas sekali yang terbaik dengan beliau membantu Inter Milan menjuarai Serie A, Coppa Italia dan Champions League.

Selepas kejayaan yang menakjubkan itu, beliau berjaya membantu skuad kebangsaan Belanda untuk mara sehingga aksi perlawanan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan.

Mereka mengejutkan banyak pasukan dan tewas kepada Sepanyol dalam perlawanan akhir yang dianggap paling kontroversi dalam sejarah Piala Dunia modern.

Sneijder turut berjaya memenangi Eredivisie, La Liga dan Super Lig bersama Ajax, Real Madrid dan Galatasaray sepanjang karier gemilangnya.

Antara anugerah individu terhebat pernah beliau menangi adalah memenangi Silver Boot dan anugerah bola gangsa ketika kejohanan Piala Dunia 2010.

Sneijder turut membincangkan tentang rakan sepasukan terhebat pernah beliau beraksi bersama, dan pemain midfield Sepanyol, Guti menjadi pilihannya.

Gandingan itu beraksi bersama Real Madrid pada tahun 2007 hingga 2009, dengan Sneijder menyatakan:

“Ketika saya bermula di Real Madrid, dia tidak bercakap dengan saya dalam tempoh tiga bulan, kerana dia sudahnya berada di bangku simpanan kerana saya. Tapi kemudian kami mula bermain bersama dan kami mempunyai kesefahaman yang sungguh menakjubkan.”

“Dia seorang pemain yang luar biasa menakjubkan, kemungkinan saya rasa dia yang terhebat pernah beraksi bersama saya.”

Adakah Sneijder sepatutnya memenangi anugerah Ballon D’or 2010? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Sneijder - 'Aku Boleh Jadi Seperti Messi Atau Ronaldo, Tapi Aku Je Tak Nak'