Solskjaer Hentam Rio Ferdinand Atas Komennya Berkait Cristiano Ronaldo

Ole Gunnar Solskjaer hentam Rio Ferdinand selepas bekas bintang Manchester United itu mempersoalkan bagaimanapun pengurus dari Norway itu menguruskan Cristiano Ronaldo.

Ferdinand mempersoalkan cara bagaimana Ole Gunnar Solskjaer mengurus dan mengendalikan Cristiano Ronaldo ketika aksi dalam saingan Champions League minggu lalu.

Tular rakaman pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu berdiri bersebelahan dengan Solskjaer selepas pengurus setan merah itu mengeluarkannya pada aksi babak kedua permainan.

Bekas pemain centre-back United itu tidak gembira melihat cara bagaimana Ronaldo berdiri sebelah Ole di tepi padang dan bersikap seperti seorang pengurus di sebelah pengurusnya.

“Jika saya seorang pengurus, jujur saya katakan, saya akan suruh dia duduk.”

Jelas Ferdinand kepada BT Sport.

Ketika ditanya tentang komen tersebut, Solskjaer jelas kecewa dengan beliau turut menghentam bekas rakan sepasukannya itu yang dianggap tidak memahami situasi.

“Rio, kamu pun tahu, sekali lagi, kadang kala dia komen pada hal yang dia langsung tak tahu.”

Jelas Solskjaer.

“Sepatutnya kad kuning untuk dia ketika memasukkan Nemanja Matic. Kedua-dua Bruno Fernandes dan Cristiano sangat kompetetif, dan tiba-tiba mereka dikeluarkan.”

“Mereka ada di sana ketika sedang beraksi dengan sering berdepan dengan pengadil. Mereka sangat diperlukan untuk membantu kita menangani situasi yang mana keputusan tak berpihak pada kita.”

Pengurus Manchester United itu kemudiannya tampil menjelaskan apa yang berlaku di garisan tepi padang dan turut menegaskan yang hanya beliau dan pembantunya sahaja yang dibenarkan berada di kawasan tersebut.

“Namun kemudian Cristiano duduk dan Bruno juga duduk.”

Tambah Solskjaer.

“Kita semua tahu yang hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk berada di kawasan teknikal dan ia adalah saya, Michael Carrick atau Mike Phelan atau Kieran McKenna yang akan ada di sana.”

“Ia jelas tiada masalah untuk seorang pemain yang tidak dibuang padang, jadi saya tak ada masalah mereka mahu tunjukkan passion dan kemudian mereka kembali duduk. Ia bukannya situasi yang mana Ronaldo menguruskan para pemain lain.”

Sikap kedua-dua bintang Portugal itu di tepi padang sepertinya langsung tidak membantu Manchester United untuk mengubah keputusan dengan setan merah dikejutkan dengan kekalahan 2-1 di tangan Young Boys.

Jesse Lingard telah melakukan kesilapan besar selepas beliau menjadi punca mengapa gawang gol United di bolosi pada minit akhir permainan.

Walau bagaimanapun, kesemua tiga pemain itu merupakan nadi penting ketika aksi kemenangan 2-1 Manchester United menewaskan West Ham malam semalam.

Ronaldo berjaya membuka tirai jaringan untuk United mengikat West Ham 1-1 selepas menerima umpanan dari Bruno Fernandes.

Sementara Lingard pula berjaya menjaringkan gol kemenangan pada penghujung minit permainan dengan beliau menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan.

United hampir saja pulang dengan membawa pulang satu mata sahaja, namun mujur sahaja penjaga gol, David De Gea berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari Mark Noble pada minit akir permainan.

Seandainya United berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sama ketika dalam saingan Eropah, mereka sepertinya tiada masalah untuk mencari kemenangan.

Manchester United pada ketika ini berada di kedudukan ketiga dalam carta liga, dengan mereka masih belum merekodkan sebarang kekalahan.

Setan merah berada di kedudukan ketiga dibelakang Liverpool dan Chelsea dengan ketiga-tiga mereka mengumpul 13 mata dari lima perlawanan, namun dipisahkan darri jumlah jaringan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ole Mungkin Selamat Kerana Mendapat Sokongan Penuh Sir Alex Ferguson